Isnin, 25 Ogos 2008

SUKMA MELAKA 101010

Olimpik Beijing dah berakhir semalam dengan negara Cina menggondol 51emas 21perak 28gangsa dan menjuarai keselurohan negara peserta,bila sesebuah negara atau negeri akan menganjurkan temasya sukan mereka ini akan bersiap sedia dari segi prasarana sukan saperti stadium utama,kolam renang dan sebagainya ini belum termasuk menampilkan jaguh jaguh sukan bagi memenangi sebanyak boleh pingat emas bagi melonjakkan negara atau negeri tersebut ketangga keatas saperti Cina olimpik 2008 dan negeri Trengganu sukma 2008.
Negeri Melaka akan menganjurkan SUKMA 2010,apakah strategi yang akan digunakan oleh Datuk Ali,untuk menjadi negeri melaka menjuarai pungutan emas yang terbanyak di temashya sukan itu,adakah dengan mengeluarkan anak melaka sendiri menjadi ayam jaguhan didalam masa 2 tahun ini,atau mengimpot jaguh jaguh sukan dari negeri lain saperti kebaikan yang Datuk Ali buat kepada bekas pemain badminton negara Misbun Hj Sidek keatas kurnian pangkat Datuk kepadanya.
Walau bagaimana pun disebabkan orang negeri melaka ini sungguh berminat pada angka yang pelik dan ganjil apa kata jikalau SUKMA MELAKA ini bermula pada 10 Oktober 2010 atau rengkasnya 101010 mana tahu fungshui ini menjadi saperti Cina buat hari pembukaan olimpiknya pada 08-08-08,dan manalah tahu negeri melaka akan menjuarai pemungut pingat emas yang terbanyak pada SUKMA itu nanti.

2 ulasan:

Ibnu Mohyeddin berkata...

assalamualaikum
mek bila nak letak hit counter ??

si lembik's berkata...

takut melaka just dapat 10 emas, 10 perak dan 10 gangsa jer...