Jumaat, 15 Ogos 2008

Selisih malaikat 44

Besok 16 ogos adalah hari penamaan calun kerusi Permatang Pauh P44,dalam budaya melayu angka 44 besar maknanya, kerana jikalau seorang perempuan melayu bersalin dia terpaksa menunggu hari ke44 untuk melaksanakan tugasnya semula,bagi keluarga orang melayu yang meninggal dunia pula, mereka akan membuat kenduri hingga hari ke44.
Didalam takwim hijrah pula, besok adalah 15 Syaaban, di mana kebanyakan surau atau masjid akan mengadakan tahlil atau bacaan yaasin,dan pada malamnya kemudian akan belaku gerhana bulan separa penuh 80%,bermula dari 03.36pagi hingga 06.45pagi hari ahad.
Siapa kah dia calun pada besok hari, sahingga siapakah pemenang pada hari pembuangan undi 26ogos ini,diharap malaysia akan terus maju dan makmur,dan jauhilah segala bencana dari menimpa,bak kata oarang melayu selisih malaikat 44,dan selamat berkempen diP44 dari mekchabang4.

Tiada ulasan: