Isnin, 25 Ogos 2008

Ada mata pandang,telinga dengar,ada pensil pangkah..

Besok 26Ogos adalah hari mengundi bagi P44 Permatang Pauh,selama 10 hari berkempen ini macam macam hal,kerenah,tohmahan,caci mencaci dari perkara seremeh-remeh hingga sebesar besar sampai lapuran polis dibuat,dan disebabkan P44 ini ada pemimpin kanan,orang bawahan sanggup bersumpah untuk menegakkan kebeneran masing masing.
Yang seronoknya ramainya pari-pari bertandang kesitu untuk memberi hadiah cenderahati,cenderamata dan boleh jadi juga ada yang jatuh hati dan bermain mata dengan penduduk di sana,dan yang terlebih terhiburnya siketua pari-pari mengumumkan pengurangan harga minyak,sebelum tarikh yang ditetapkan pada 1 September ini(selalunya siketua ini cakap lain buat lain).
Oleh itu penduduk penduduk bagi P44 Permatang Pauh,besok pesan orang tua saperti mek ini ada nasi makan..ada aiskrim hisap..ada mata pandang..ada telinga dengar..ada mulut diam..dan ada pensil PANGKAH!!!!ikut hati kau oranglah,janji bahagia.

Tiada ulasan: