Sabtu, 30 Ogos 2008

Rumah tatinggal sahaja bilnya bawah RM20.

Kerajaan BN yang dikatakan prihatin,dalam bajetnya mengumumkan bil elektrik yang bawah rm20 dikecualikan pembayarannya mulai awal October hingga akhir tahun 2009.Dimalaysia ini sama ada mereka golongan pertengahan atau golongan bawahan setiap rumah mereka setidak tidaknya mempunyai 3 suis lampu,satu kipas angin,sebuah tv dan sebuah peti sejuk.

Dalam penggunaan semua alat eletrik ini,mana ada bil elektrik mereka dibawah rm20,kecuali mereka mengunakan lampu sahaja di waktu malam.Jikalau kerajaan yang prihatin kepada rakyat berilah rebate kepada semua pengguna,pasal syarikat GLC Tenaga ini keuntunganya tiaptiap tahun berbillion billion ringit sebab itu lah CEO nya gaji dan elaunnya nak sampai sejuta ringgit sebulan.

Tiada ulasan: