Selasa, 12 Ogos 2008

Dulu laut sekarang padang pasir

Mek pernah menjadi pengawal keselamatan di kondominium Lagenda di Klebang dan pernah berbual dengan penduduk kawasan tersebut dan mereka memuji tentang keindahan di kondo tersebut,kebiruan air laut desiran ombak dan bayu yang mereka rasai ta berapa meter dari rumah mereka, betapa indah dan nyamanya, sebab itu mereka membeli kondo tersebut.
Semalam mek berjumpa dengan salah seoarang dari mereka, dan dia memberi tahu mek keindahan mereka lalui setahun yang lalu dah ta ujud lagi,yang ujud cuma padang pasir sahaja dan tadengar lagi hempasan ombak dipantai dan pulau Upeh tak lama lagi tiada bertitle pulau lagi.
Betapa pesat negeri ku membangun,warisan pantai di negeri ku ini dah terhapus sedikit,pulau dah jadi daratan, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Tiada ulasan: