29 ramadan disetengah tempat dimelaka ini di panggil hari memantai atau petang menembak,ia bermaksud hari penyembelihan lembu,kerbau atau kambing dan petang menembak pula bermaksud pengumuman besok raya atau tidak.
Petani dan orang kampung dahulu menternak haiwan lembu atau kerbau secara lepas,dengan membiarkan binatang peliharaan bebas mencari makanan tanpa pulang kekandang diwaktu malam.Lembu dan kerbau ini akan berkeliaran secara berkumpulan berbulan dan bertahun lamanya tetapi tuan punya tahu pula jika haiwannya itu beranak dan berapa ekor anaknya.
Bila seminggu lagi nak raya tuan punya haiwan ini akan bermuafakat dengan jiran dan orang kampung untuk mencari dan menangkap haiwan ini untuk penyembilahan dihari lebaran.Diwaktu itu jarang kita dengar haiwan ini kena curi walaupun lepas bebas merata rata.
Petang menembak pula dimasa itu orang kampung tak berapa rumah yang mempunyai radio transistor oleh itu bila kerajaan mengumumkan besuk jatuh 1shawal anak anak muda akan menembak dengan meriam buluh untuk memberi tahu penduduk kampung bahawa besuk raya.
catitan ini mengingatkan masa kanak kanak.
serangkap pantun dari mek
Buai laju laju
Sampai tepi perigi
Kenangan masa lalu
Takan kembali lagi
Isnin, 29 September 2008
Ahad, 28 September 2008
Sodapnyo ayam hinggo monjilat.......
Bila hari lebaran kian menjelang ayam memainkan peranan penting bagi hidangan dipagi shawal nanti.Pandangan ahli politik berkenaan ayam di malaysia ini.
datuk abdullah ahmad badawi:
ayam saya tak tahu berkenaan ayam ini awak kena jumpa datuk mustapa atau datuk shahril,
saya sibuk ni,saya nak tidur sekejap,jangan ganggu saya.
datuk najib:
ayam malaysia tak enak,ayam dari china dan mongolia sedap.
tan sri mahyuddin:
jangan tanya saya berkenaan ayam,tanya saya berkenaan AP atau berapa ramai pelabur luar melabur kemalaysia.
datuk ali rustam:
melaka pengeluar telur terbesar dimalaysia 8juta sehari,bermakna tahun depan melaka akan keluar 8 juta ekor ayam pencen.melawat melaka bererti mewah makan telur dan ayam liat.
datuk hishammudin:
ayam turki sedap,jikalau dipanggang 2kali sedap.
datuk syed hamid:
ayam dari negara jiran nak masuk boleh tetapi tak lebih 10 kilometer dari sempadan malaysia.
datuk shahril:
ayam mesti duduk di bawah siling,bukan atas siling.Kalau ayam duduk atas siling dah jadi macam ayam kampung tidur dan berak bersepah sepah.
yb zul hassan:
bukan kita cari ayam, tetapi ada orang yang hantar untuk bersedekah,ayam negeri china pulak tu putih dan gebu,rezeki dah depan mata apa lagi nngggaaaapppp ajelah.

Sabtu, 27 September 2008
Pengumuman Penyimpan.......
Pengumuman penyimpan empunyai blog mek chabang4,kepada rakyat malaysia,pada bulan mac tahun 2009 kamu semua akan dapat Perdana Menteri dan Timbalan PM yang baru.
PM dan DPM apa khabar?
Datuk Abdullah,datuk Najib,tan sri Mahyuddin,datuk Ali,datuk sri tengku Adnan,tan sri Muhammad Taib,datuk Hishammudin,datuk paduka Rafidah.
Apa khabar juga?
datuk seri Anwar,datuk Nik Aziz,Lim Kit Siang,tuan guru Hadi Awang.
Semuanya OK dan mek pun ok
Apa Pak Lah dah buat!!!!!!!!

Jumaat, 26 September 2008
Berkhatan semua.....Berkhatam al Quran!!!
Bila masuk malam yang ke27 ramadzan kebanyakan masjid atau surau akan mengadakan majlis Khatam Al Quran.Dimelaka ini yang bertadarus alquran selepas sembahyang terawih adalah golongan otai dan orang tua termasuk imam dan bilal itu sendiri,nak tengok anak muda atau kanak bertadarus sekali memang jarang jumpa.
Pada 17 september yang lalu kerajaan negeri melaka bersama JAIM,telah menganjurkan khatam al quran bagi murid sekolah rendah bagi seluroh negeri melaka bertempat diMITC. Tujual asalnya ialah untuk mendapatkan sebanyak 1000 murid,tetapi tidak kesampaian dan cuma memporelehi lebih kurang 100 sahaja.
Dimana silapnya Jaim gagal untuk mendapat angka satu ribu itu,walhal disetiap kampung di melaka ini mempunyai sekolah agama kafa. Adakah kurikulum sekolah agama kafa ini terlampau membebankan murid sampai tidak mesra muquddam dan alquran.Janganlah nanti murid murid islam dimelaka ini semuanya berkhatan tapi berkhatam alquran boleh dibilang dengan jari.

Rabu, 24 September 2008
Langsir mu lebih mahal dari baju rayaku
Waktu mek dahulu untuk mendapat baju dan kasut baru cuma 2kali setahun,pertama musim hari raya,kedua musim buka sekolah,itu pun kadangkala bertukar kadangkala tidak.
Seminggu lagi nak raya bapa mek akan bawa kepekan untuk memilih baju dan kasut,selalunya ia akan bawa kekedai cina,mek pilehlah baju,seluar dan kasut yang sesuai,kebanyakannya"made in china"jikalau tak silap mek harganya baju 1-2ringgit,seluar dan kasut 3-1.5ringgit,anak baju singlet gantung cap pagoda masa itu berharga 60-40sen sahaja.
Shopping complex,pasaraya besar belum ujud masa itu,yang keluarga ada kemampuan mereka akan berbelanja dikedai Bata sahaja.Jikalau kita nak imbaskan kembali suasana dahulu diwaktu sekarang ini kita pergi dikampung jawa dan jalan kee ann dibandar malaka ini.
Orang melayu yang berada pula menukar perabut dan hiasan rumah yang sedia pada hari lebaran ini adalah satu kebiasaan dan tidak menjadi hairan jikalau kain langsir rumah mereka ini berharga berpuloh ringgit semeter.bila kita buat berbandingan dengan baju baru raya orang marhein saperti mek 'langsirmu lebih mahal dari baju rayaku'.

Selasa, 23 September 2008
Hapuskan dulu sewaan meter RM1.50sen
Tentang cadangan memberikan air percuma bagi penduduk negeri melaka yang berpendapatan Rm740sebulan oleh YB adun Ayer Keroh adalah satu cadangan yang baik,tetapi bagi melaksanakanya perkara itu ada rumit sedikit kerana nanti nakkan air percuma yang berpendapatan besar pun akan mengatakan pendapatannya bawah RM750.
Mek yang duduk di rumah pangsa selama 8 tahun ini,setiap kali bil Syarikat Air melaka Berhad yang diterima setiap bulan ada tercatit dibawah kolum pengunaan air 'Sewaan Meter'amaun RM1.50
Bila diajukan soalan kenapa yang duduk rumah diatas tanah tiada sewaan meter ,kenapa duduk dirumah pangsa ada sewaan meter jawapan yang diberi oleh pegawai SAMB ialah kos mencuci tangki.
Setahunya mek yang dah menduduki rumah pangsa selama 8 tahun ini tidak pernah sekali pekerja SAMB datang mencuci tangki diflet mek dan bila air tangki terlampau kotor sangat pengguni flet itu sendiri bergotong royong yang mencuci tangki tersebut.
Oleh yang demikian harapan mek kepada SAMB dapat sekiranya menghapuskan charge sewaan meter RM1.50 yang besar nilainya bagi penduduk rumah pangsa yang kebanyakannya berpendapatan RM700 dimelaka ini,kecuali yang duduk dikondo dan apartment mewah.

DODOL..dulu..kini dan selamanya
Diwaktu pertengahan dan penghujung 60puluhan dahulu,bulan ramadzan jatuh pada bulan november dan disember waktu cuti sekolah penggal ketiga.Lagi dekat fajar shawal menjelang lagi sibuklah kami membuat persiapan,terutama persiapan mengacau dodol.
Orang melayu dulu dodol adalah kueh rasmi hari raya atau dipanggil kepala kueh,jikalau sesebuah rumah yang tiada dodol bermakna rumah itu tanpa ada seri.membuat dodol di waktu itu sangatlah leceh dari bahan mentah hingga kepembuatan masak.
Masyarakat kampung bermuafakat dan bergotong royong bila ada rumah membuat dodol.Berpuloh biji kelapa diparut mengunakan kukur kelapa,bergantang beraspulut diboh mengunakkan batu boh,kayu getah,andang kelapa,kuali,chengtung dicari untuk memasak dan juga tenaga manusia diperlukan bila mengacaunya.
Masa memasak dodol ini pula dodol yang cair jadi rebutan,kadangkala satu kawah dodol yang siap dimasak tuan rumah cuma mendapat dua atau tiga 'tampin' mengkuang sahaja, masih boleh tersenyum simpul kerana terpaksa beri sedikit pada yang menolong mengacau,jiran tetangga dan saudara mara.
Waktu itu dodol adalah satu kueh melayu yang boleh menyatukan padukan masyarakat kampung tanpa mengira kaya atau miskin dan juga fahaman masing masing.Adakah dodol kini boleh menyatu padukan semula bangsa melayu yang kini kebanyakannya bersifat engkau angkau dan aku aku.Walau bagaimana pun dodol akan tetap digemari dan diwarisi dulu,kini dan selamanya.

Peha kiri kena cubit peha kanan ketawa.
Masa zaman mek 60pulohan dahulu,bila masuk sahaja hari yang ke23 ramadzan,mek dan rakan akan menebang buloh dan juga mencari tin susu cap junjung atau tea pot untuk membuat pelita malam tujuh likur.Pelita yang bersumbukan tali pengikat guni berserta minyak tanah(karosene) dimasa itu sebotol penuh lebih kurang 1.6liter berharga cuma 10sen dikedai runcit kampung.(sekarang ini minyak tanah adalah minyak paling termahal sekali berbanding petrol dan diesel)
Dimasa itu semangat gotong royong memang dah ada dijiwa kanak kanak,selepas mencacakkan kayu untuk pelita.Kami akan menolong pula dirumah jiran atau saudara mara yang lain,tampa upah duit atau makanan kerana untok memeriahkan lagi malam tujuh likur dengan nyalaan api pelita seluroh kampung(kebanyakan kampung tiada bekalan elektrik dimasa itu,boleh jadi CEB sekarang"TNB"tiada bajet)
Sikap tolong menolong antara satu dan lain tampa mengira kedudukkan,darjat dan fahaman. Susah dan senang tetap bersama,yang ringan sama dijinjit,yang berat sama dipikul memang dah berkurangan pada masa sekarang.Sifat biar engkau susah janji aku senang,ibarat kata bidalan peha kiri kena cubit peha kanan ketawa,menjadi sifat amalan generasi kini.

Ahad, 21 September 2008
Suasana puasa dulu berbedza sekarang.
Diawal 60 pulohan dahulu bila sampai ke10 hari akhir ramadzan penduduk kampung akan betusaha untuk menyediakan makanan untuk dihantar kemasjid(diwaktu itu surau cuma ada satu atau dua sahaja pada setiap pekan atau bandar)
Sesusah orang dahulu mereka akan cuba buat penganan bubur nasi,pisang,ubi rebus dan sebagainya untuk disedekah untuk jamuan moreh selepas terawikh nanti(dimasa itu bubur lambuk memang tiada)dan kanak kanak dikawasan sekitarnya akan kemasjid selepas berbuka dirumah dengan niat untuk menyusun akan juadah juadah yang disedekahkan dan diwaktu itu pula pak imam dan bilal bersifat mesra kanak kanak.
Sekarang pula bila ada sesetengah masjid yang membuat tesarauf ramadzan bila ada jamuan untuk dihidangkan pegawai masjid, puteri atau wanita umno akan menguruskannya dan mereka ini akan merhatikan adakah kanakkanak ini akan mengambil lebih dari yang disediakan,dan bila kanak itu lebih dari sepatutnya nereka akan di tegur.

Jumaat, 19 September 2008
Siapa lebih pandai
Hari ini bursa saham malaysia telah melonjak naik sebanyak 34.04 mata, komposit indexnya menjadi 1025.7mata dengan melepasi atas 1000mata,adakah ini sentuhan pertama menteri kewangan baru malaysia Datuk Sri Najib yang terkenal dengan sifat murah hati bersedekah untuk menaikkan semula bursa saham malaysia ini atau ingin menunjukkan pada Dollah bahawa dia lebih pandai urus ekonomi dari bossnya sendiri.
Berapa banyak wang kerajaan yang si najib gunakan untuk melonjakkan semula bursa saham malaysia ini dan bolehkah kelonjakan ini berterusan pada minggu hadapan dengan suasana ekonomi dunia sekarang yang tidak menentu,kita tunggu dan lihat.

Suasana puasa dulu dan sekarang
Hari ini adalah hari yang ke19 umat islam di malaysia menjalankan ibadat puasa,mek mengenangkan kembali nostalgia masa berpuasa zaman 60 pulohan dahulu.Kedai makanan orang islam 70% akan bercuti selama sebulan untuk menghormati bulan puasa, dan ini diambil kesempatan peniaga mamak atau indian muslim untuk pulang kenegeri asalnya benua india menjengah isteri atau saudara maranya disana. Perniagaan orang islam yang lebih 30% ini pula akan buka perniagaan mereka pukul 3petang kebawah dan akan tutup semula selepas berbuka nanti dan yang seronoknya tuan empunyai kedai itu akan menjemput orang yang lalu lalang untuk berbuka dikedai mereka dengan air sirap atau teh panas,buah kurma, biskut lemak dan biskut marry dengan percuma.
Suasana sekarang ini pula berbedza sekali dengan keujudan pasar pasar ramadzan yang diadakan banyak tempat bila sampai bulan puasa,dan peniaga peniaga dipasar ramadzan ini pula cuba mencari untung sebanyak yang boleh,tampa mengira keikhlasan dan kejujuran hati mereka untuk mencari pahala dengan membuat amal sedekah di bulan yang mulia ini.Ada setengah dari pada mereka ini menjualkan kan semula makanan yang tidak laku pada hari semalam,dan di jualnya semula pada hari ini.Bukankah lebih baik makanan yang tidak laku dan tidak boleh tahan lama ini disedekahkan pada jiran atau masjid dan surau untuk mendapatkan pahala.
(ada sambungan lagi)

Khamis, 18 September 2008
Telur oh telur
Persatuan penternak ayam malaysia memaklumkan bahawa negeri melaka adalah pengeluar telur terbesar di negara dengan jumlah pengeluarannya sehari sebanyak 6juta biji.Dengan penduduk melaka seramai 738,800 orang bermakna seorang rakyat negeri melaka boleh makan 6biji telur setiap hari.
Yang jadi persoalannya ialah telur dimelaka ini bukan nya murah, saiz A-35sen sebiji,saizM-33sen sebiji dan saiz terkecil sekali berharga 30sen sebiji,kata melaka ini pengeluar telur terbesar sepatutnya harga dimelaka ini lebih murah dari negeri lain.

Selasa, 16 September 2008
Pasaran saham menjadi sejarah semula
Pasaran saham malaysia merudum semula pada semalam dan hari ini di sebabkan suasana dan pasaran global,tengahari ini index komposit bursa saham malaysia jatuh sebanyak 20 mata lagi dan menjadi 1010 mata lagi tinggal 10 mata lagi dibawah 1000 jikalau ini berterusan sejarah 9 tahun yang lalu akan berlaku semula dipasaran saham malaysia ini.
Bila pasaran merudum ramai pelabur kecil dan besar akan mengalami kerugian dan besar kemungkinan juga ada sharikat yang akan gulung tikar dan ramai akan menjadi penggangur semula.

Belum ada rezeki
Hari ini 16 Sept iaitu bersamaan dengan 16 Ramadzan,jikalau ikut pada hari ini dalam sejarah 16 sept ini adalah hari angkatan tentera malaysia,dan hari ini juga hari penubuhan negara Malaysia dan di sabah pula hari ini adalah cuti umum kerana menyambut hari kelahiran TYT negeri sabah.Dalam bulan ramadan pula semalam 15 ramadzan adalah malam Qunut dan besok pula 17 ramadan adalah hari Nuzul AlQuran.
Hari ini juga sepatutnya ada perkara besar akan berlaku pada politik negara malaysia ini dan sewaktu mek menulis ini,perkara besar ini macam tak menjadi pada hari ini dan boleh jadi perkara ini boleh menjadi pada hari mendatang,6bulan atau 4tahun dari sekarang bak kata orang tua belum ada rezeki lagi.

Khamis, 11 September 2008
Kemana Wang Zakat Malaysia dibawa.
Di era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz r.a, dikatakan pengurusan zakat berada pada tahap paling efisien dalam sejarah orang-orang Islam berkerajaan.
Amirul mukminin ini amat berhati-hati dalam penggunaan duit rakyat dari Baitulmal apatah lagi dalam urusan pengagihan kutipan zakat yang menjadi sumber kewangan utama yang menggerakkan pentadbirannya.
Dia sendiri turun padang untuk memeriksa sendiri kalau-kalau para pegawai kerajaannya terlepas pandang terhadap kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang layak mendapat bantuan kerana termasuk dalam asnaf zakat.
Haram ke atas dirinya menyalahgunakan khazanah negara untuk keselesaan peribadi dan keluarga hatta dari cahaya pelita yang minyaknya dibeli menggunakan duit kerajaan..
Kini, sejarah menjadi saksi kepada keunggulannya dalam pengurusan Baitulmal amnya dan pengurusan zakat khasnya. Kemuncak kejayaan Khalifah agung itu adalah bila berlakunya satu keadaan di mana tiada seorangpun dalam negaranya yang layak menerima zakat!
Modal Tazkirah
Saya tertarik terhadap kisah kejayaan cemerlang ini setelah ianya dijadikan modal tazkirah oleh beberapa orang imam tarawikh yang sempat saya copongkan telinga ini mendengarnya sepanjang minggu pertama Ramadhan ini.
Dalam kupasan tentang kecemerlangan itu saya dapati ada beberapa perkara yang menjadi tunjangnya;
Pertama, kesedaran masyarakat Islam yang tinggi pada masa itu untuk menunaikan zakat sesuai dengan perintah Allah s.w.t yang sering menggandingkannya dengan kewajipan solat dalam ayat-ayat Al-Qur’an,
Kedua, pemerintah yang bersifat amanah dan tidak menyalahgunakan kutipan zakat untuk kesenangan peribadi, keluarga dan kroni,
Ketiga, sistem agihan yang efisien yang digerakkan oleh pegawai-pegawai yang amanah dan berdedikasi (tentunya melalui tarbiyah berterusan dan amalan solat 5 waktu yang dititikberatkan oleh Khalifah),
Keempat, sikap pemerintah yang tidak berlepas tangan dan sentiasa turun padang untuk memeriksa perjalanan sistem penyampaian awam dan memastikan setiap potongan kek ekonomi sampai ke sasaran yang tepat, dan,
Kelima, keimanan kukuh terhadap institusi zakat dan Baitulmal sehingga turun Barakah dan natijahnya zakat menjadikan ekonomi negara Islam itu berkembang kukuh.
Dedah Umno khianat, rakyat dehaka?
Dalam pada itu, timbul persoalan di fikiran saya tentang situasi pada hari ini. Adakah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan zakat di Malaysia ini benar-benar amanah dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan?
Adakah mungkin di sana-sini berlakunya ketirisan, penyelewengan atau salah urus terutamanya akibat nafsu Iblis para pemuka-pemuka Umno yang sering mempergunakan institusi-institusi Islam di Malaysia untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni?
Oleh kerana institusi-institusi Islam di negara ini dipayungi oleh Raja-Raja Melayu, apabila dibongkarkan sebarang penyelewengan dan salah urus oleh juak-juak Umno maka mereka akan mempergunakan nama-nama Sultan dan kedaulatan baginda untuk menutupnya.
Dalam ertikata lain mereka menyamakan perbuatan mendedahkan pengkhianatan Kelompok Sekular Umno terhadap Islam sebagai perbuatan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu!
RM2.32 bilion duit zakat
Semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan Rakyat pada 7 Julai 2008, YB Zulkifli Noordin (PKR – Kulim Bandar Bahru)mempersoalkan keberkesanan sistem agihan zakat di Malaysia tatkala jumlah kutipan mencecah RM2.32 billion bagi tempoh 2005, 2006 dan 2007.
Dalam tempoh tersebut juga, hanya RM1.4 billion diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
Persoalannya mengapakah bakinya sebanyak RM920 juta tidak diagihkan.
Apakah kita sudah mencapai tahap kegemilangan Khalifah Umar r.a sehinggakan tiada seorangpun lagi di Malaysia ini yang layak menerima duit zakat?
Adakah duit itu ditahan untuk dilaburkan semula dalam syarikat-syarikat kroni Umno?
Adakah sudah menjadi satu kerja baru kepada Baitulmal untuk melabur dan berniaga menggunakan duit zakat?
Banyak lagi persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan di sini akibat keengganan institusi-insitusi zakat dan baitulmal yang ditunggang oleh Kelompok Sekular Umno ini mengagihkan duit kutipan zakat yang mencecah ribuan juta ringgit itu.
Dengan jumlah kutipan yang semakin meningkat saban tahun itu, YB Zulkifli Noordin mempersoalkan beberapa kes yang dialaminya sendiri yang boleh dijadikan bukti bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam sistem agihan zakat di negara ini.
Beliau menceritakan pengalaman peribadinya bertemu seorang pemuda dari Terengganu yang memohon bantuan dari khalayak tazkirahnya di sebuah bank tempatan di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.
RM5,000 untuk pembedahan isteri
Pemuda tersebut memerlukan bantuan untuk perbelanjaan pembedahan isterinya yang menghidap jangkitan kuman di hati. Jumlah yang diperlukan kira-kira RM5,000.
Isterinya perlu dibedah dalam tempoh 3 bulan atau berkemungkinan menghadapi komplikasi serius termasuk kematian.
Pemuda tersebut telah memohon bantuan dari Pusat Zakat Terengganu dan hanya diberikan RM500 sahaja.
Dia kemudiannya memohon bantuan di Pusat Zakat Kuala Lumpur. Tahukah tuan/puan permohonannya ditolak atas alasan beliau orang Terengganu dan tidak layak kerana bukannya berasal dari Kuala Lumpur!
Secara peribadi – jika tidak menjadi satu kesalahan atau dosa – saya ingin berjumpa dengan juak-juak Umno yang membuat peraturan bodoh itu dan melempangnya selepuk dua kerana ketololannya membuat dasar menyebabkan nyawa orang-orang miskin tidak dapat diselamatkan.
Kalau dia memberikan alasan agihan untuk orang Kuala Lumpur tidak mencukupi, saya ingin melastik kepalanya sambil memberitahu bahawa dari jumlah RM920 juta duit zakat yang belum diagihkan itu, RM133,580,766 adalah duit yang masih ada dalam kantung Pusat Zakat Kuala Lumpur!
Dapatkah mangkuk Umno itu menjustifikasikan kenapa dari sejumlah RM446,937,891.10 sen kutipan zakat di Kuala Lumpur pada 2005, 2006 dan 2007 hanya RM313,357,123.75 sen sahaja yang diagihkan kepada asnaf yang layak?
Pembuat dasar yang bangang itu wajar dilempang dan dipersalahkan bukannya pegawai-pegawai bawahan yang hanya bekerja mengikut arahan.
Sayangnya, mereka terpaksa bertugas atas arahan juak-juak Umno yang terkenal dengan kedajalannya merosakkan institusi-institusi Islam di Malaysia.
Bukan kes terpencil
Ini bukan satu-satunya kes unik dan terpencil.
Kita boleh melihat di mana-mana umat Islam Malaysia meminta sedekah, mengemis dan merayu-rayu memohon bantuan untuk perbelanjaan perubatan dan pembedahan.
Dalam pada itu, kegagalan pengurusan zakat dapat tuan/puan lihat sendiri melalui pendedahan-pendedahan dalam rancangan Bersamamu di TV3 setiap minggu.
Tuan/Puan boleh melihat bagaimana selepas 51 tahun merdeka masih ada lagi orang Islam yang tinggal dalam rumah umpama reban ayam, masih ada anak-anak orang Islam yang makan nasi berlauk garam, masih ada ibu-ibu tunggal beragama Islam yang hidup merempat, masih ada anak-anak orang Islam yang tidak mampu membeli buku dan melanjutkan pelajaran, masih ada golongan OKU beragama Islam terdampar tanpa pembelaan, masih ada pesakit kronik beragama Islam terbiar tanpa rawatan sewajarnya, masih ada pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama yang daif dan usang, DAN pelbagai lagi keadaan yang menyedihkan dan menyayat hati hasil dari kemungkaran dan kedajalan Kelompok Sekular Umno yang menyempitkan perlaksanaan Syariah Islam untuk kepentingan taliperut mereka dan keluarga mereka selama ini.
Dalam masa yang sama Pusat-pusat Zakat di Malaysia masih belum mengagihkan duit zakat sebanyak RM920 juta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bolehkah tuan/puan menerima ini sebagai satu kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang atau selamat, aman dan makmur Imam Islam Hadhari Al-Pandir Dolah Badawi dan ianya menyamai kejayaan Khalifah Umar Abdul Aziz r.a.?
Duit zakat RM2 bilion – cadangan YB Zulkifli Noordin
Menurut YB Zulkifli Noordin lagi, “Saya kira dengan jumlah zakat sebanyak RM2.32 bilion ini, sepatutnya kita sudah punya hospital-hospital Islam di seluruh ibu negeri di Malaysia ini.”
Dalam pada itu beliau turut mencadangkan agar dipertimbangkan lebihan agihan zakat itu untuk digunakan bagi membantu golongan fakir dan miskin tegar mengerjakan fardhu haji.
Sememangnya saya bersetuju!
Saya tidak tahu sama ada cadangan-cadangan ini bertepatan dengan kehendak Syarak TETAPI saya tahu ianya lebih bermanfaat daripada diagihkan kepada cawangan-cawangan Umno untuk membiayai hadiah juara pertandingan karaoke Puteri Umno!
Selepas Pakatan Rakyat mengambilalih 5 negeri dalam PRU12 Mac lalu, beberapa ketua kabilah Kelompok Sekular Umno melompat marah apabila kerajaan-kerajaan negeri yang baru mula meneliti akaun-akaun dan rekod aktiviti-aktiviti pusat zakat di negeri-negeri tersebut sepanjang ditadbir Kelompok Sekular Umno.
Kemudiannya terdedahlah beberapa kebobrokan pengurusan dan penyelewengan duit zakat di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
Yang paling tinggi ‘melompat’ dan terkinja-kinja adalah Rahman Palil, Bekas EXCO Agama Selangor di bawah Khir Toyo dahulu, setelah kerajaan Selangor yang baru mendedahkan penglibatan ‘tangan-tangan kotor’ manusia Umno yang merompak duit zakat yang merupakan hak fakir miskin di negeri itu.
Rahman Palil ‘melompat’ hingga ke istana dan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempolitikkan institusi-institusi agama.
Sedangkan realitinya kerajaan negeri yang baru terpaksa memperbaiki ‘kerosakan’ dan ‘kemungkaran’ yang dilakukan juak-juak Umno di Selangor yang sudah ‘masuk poket’ dan ‘salah urus’ duit zakat sebanyak RM485,116,782.55 sen sepanjang tempoh 2005, 2006 dan 2007.
Alhamdulillah, dengan terbentuknya kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang disamping mengekalkan Kelantan, kita telah berjaya menyelamatkan berbilion duit zakat dari dirompak oleh juak-juak Umno selama ini.
Semoga segala kedajalan dan kemungkaran Umno selama ini dapat dihentikan dan diperbaiki kerosakannya oleh pentadbir-pentadbir baru yang beriman dan takut kepada Allah s.w.t sebagaimana juga kisah para pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz r.a yang diceritakan tadi.
Selamatkan zakat fitrah kita tahun ini!
Tahun ini, beratus-ratus juta RM lagi akan dikutip oleh pusat-pusat zakat dari umat Islam di seluruh Malaysia dalam bentuk zakat fitrah.
Dalam menunaikan kewajipan kita itu, pernahkah kita bertanya adakah wang zakat fitrah yang kita bayar saban tahun itu akan diuruskan dengan baik dan disalurkan dengan betul kepada mereka yang layak menerimanya.
Semenjak kewajipan membayar zakat jatuh ke atas pundak saya, saya sentiasa akan memastikan tidak ada sedikitpun wang itu jatuh ke tangan majlis agama atau pusat zakat yang diperkudakan oleh Kelompok Sekular Umno. Tidak kira apa jenis zakat, termasuklah zakat fitrah.
Justeru, saya sering mendapatkan nasihat alim ulama untuk mengenalpasti pihak yang layak menerimanya, dan dalam kebanyakan kes pembayaran dibuat secara terus kepada mereka.
Dengan itu timbul ketenangan di hati dan saya tidak perlu sangsi lagi kalau-kalau wang tersebut disalahgunakan oleh parti sekular yang semakin mereput itu, yang sudah tidak peduli halal haram, tidak peduli yang hak dan juga yang batil.
Dan saya akan berterusan begini sehinggalah negeri yang saya bermastautin ini diperintah oleh seorang ulama yang takut kepada Allah s.w.t dan besrsifat amanah seumpama Khalifah Umar r.a.
Selagi diri ini bernyawa, jangan haraplah juak-juak Umno akan merasa satu sen pun duit zakat yang berpunca dari rezeki yang Allah s.w.t kepada diri saya dan keluarga.
Adakah anda ingin membiarkan juak-juak Umno terus meng’ketedarah’ duit zakat yang anda bayar saban tahun sehingga ke hari kiamat? Lakukan sesuatu. Selamatkan zakat fitrah kita tahun ini!
Petikan dari Bulan Penuh 2012

Isnin, 1 September 2008
Jangan tak jadi orang kampung dah tahu...
Mulai hari ini 1 Sep mek akan membuat countdown hingga ke16 Sept,kerana pada tarikh itu satu peristiwa besar akan berlaku dalam politik malaysia.
Yang terbaru dengar cerita jikalau berlaku senario politik ini,pada tiap tiap tahun 16 Sept akan di istiharkan cuti umum diatas penubuhan negara Malaysia.(beruntunglah pekerja dimalaysia ini bertambah cuti umum lagi kira kira lebih banyak bercuti daripada bekerja)
Oleh itu kita tunggulah pada tarikh 16 sept bersamaan dengan 16 Ramadzan,jangan tak jadi sudahlah kerana orang kampung Bachang dan kampung Padang semua dah tahu.

Langgan:
Catatan (Atom)