Selasa, 20 Mei 2008

Dari pandangan mata

Mek bukan ada akedemik bersekolah pun setakat darjah6 sekolah melayu itu sebab ayat ayat mek lintang pukang,tetapi walaupun begitu mek dapat merasa kelima lima perdana menteri malaysia ini dan biarlah kali ini mek mengklasifikasikan perdana menteri malaysia yang popular dari pandangan mata mek.
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke5
Datuk seri ABDULLAH AHMAD BADAWI
keluarga termasuk beliau sekali orang yang 32 terkaya dimalaysia selepas menjadi PM,
hari ini cakap lain besok cakap lain
pm malaysia yang tidak mendapat 2/3 kerusi diparlimen
Perdana Menteri Malaysia di kedudukan tempat ke4
Tun HUSSIN ONN
banyak berfalsafah,tak suka expose diri
bersentimental dan sensitive
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke3
Tun ABDUL RAZAK BIN HUSSIN
kuat bekerja perwatakan serius
buat kerja secara diam tepi ada hasil
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke2
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ
anak raja perwatakan simple
happy go lucky
cakap ta berbelit berbelit straight to the point
Tun MAHATHIR MOHAMMAD
percakapan yang memukaukan
orang lain ta boleh kelentungnya dia kelentung orang ada
bagi mek segala gala ada pada dirinya susah nak dapat pemimpin sapertinya dalam dekad ini.

Isnin, 19 Mei 2008

Terkenang dimasa lalu

Hari ini anak takesekolah kerana cuti hari wesak,mek pun ingat nak ronda ronda dengan motor kapcai bermula dari pringgit-musai-semabuk-kandang-teluk mas-umbai-bukit durian-tambak paya keluar diair molek dari situ ke duyung dan ikut jalan benteng keluar kebukit bahru-kepengkalan batu lalu memencung kejalan benteng sungai putat-batu berendam-bachang-balai panjang malim-kg padang-ikut jalan taman pokok mangga lalu benteng keluar pulau gadong dari sana ke cheng dan akhir sekali ditampoi kerubong.
Apa yang mek nak jelas di sini ialah 30 tahun yang lalu kawasan yang mek lalui ini adalah kawasan kawasan sawah padi yang menghijau dmasa padi baru tanam dan warna hijau kekuningan sewaktu padi masak.Dimasa dulu pesawah padi tanam padi setahun sekali kerana tiada kemudahan pertanian,pesawah akan mengunakan tenaga kerbau untuk membajak dan petak semaian untuk menyembar benih hingga ke padi masak memakan masa 6 bulan.
Selalunya pesawah akan menanam padi dari bulan ogos hingga april kerana tujuannya ialah sewaktu padi masak adalah waktu angin betara,angin yang bertiub kencang untuk mempermudahkan para pesawah menjemur dan menampi padi sebelum dibawa kekilang padi sewaktu itu kilang padi terletak dibachang,malim,kandang dan air molek.Diteluk mas pula masa musim padi masak, pesawah pergi kepantai membeli ikan selangat untuk dbakar makan dengan nasi panas bersama keluarga dibawah pokok dtepi sawah,waaduh waaduh bertapa indahnya suasana dwaktu itu patung orangorang melambai lambai ditiup angin untuk menghalau burung dari memakan padi.
Tetapi sewaktu melalui jalan dan kawasan disebutkan tadi semuanya dah berlalu tiada lagi kehijauan sawah padi yang menguning,yang ada cuma bangunan bangunan konkrit,rumah taman rumah persendirian dan juga semak samun dan belukar.Kawasan sawah padi dmasa lalu dah tiada lagi,tapak kilang padi taujud lagi,perkakas pesawah saperti bajak,tong membanting,tong kui untuk menyimpan padi cuma tersimpan dmuseum melaka sahaja,tiada lagi kita melihat sekawan kerbau meragut rumput dsawah, tiada burung bangau dan puchung hingap dibelakang kerbau anak anak lintah berjurai hisap darah dperut kerbau.
Mekberharap dapat sekiranya kerajaan negeri melaka YAB Datuk Muhammad Ali Rustam keluarkan peruntukan kewangan untuk memulihkan sawah sawah yang terbiar yang mek cakapkan tadi kembalikan semula suasana kekuningan dan kehijauan dimasa akan datang.Janganlah membasir duit membuat keretapi gantung dari bandar hilir ke hang tuah jaya,bila siap nanti tiada penumpang yang naik kerana tambangnya yang mahal,bas berhenti-henti yang ada sekarang dbandar melaka ini pun hidup segan mati takmahu.Jangan nanti sejarah silam pendekar hang jebat mengamuk kembali dizaman IT ini yang semua bermula dengan e- itu e- ini kali ini srikandi Mek Chabang Empat pula mengamuk kerana beras harganya yang mahal dan beras sst15% susah nak dapat.

Akhir sekali serangkap pantun dari mek

DARI BACHANG KE MACAP UMBU
BAS BATANG TAK KUNJUNG TIBA
BILA TERKENANG DI MASA LALU
AIR MATA MEK JATUH KE RIBA

Ahad, 18 Mei 2008

Alamak beras ku dahabis

Mek kebandar Melaka untuk beli barangan dapur dan masuklah keberapa kedai dan pasaraya hypermarket dan pergi kebahagian beras,alamak mek tenguk harga sst 5% yang beratnya 10kg paling murah rm31 dan beras wangi ada yang mencapai rm52 keatas.
Ingat nak cari beras sst 15% yang harganya dikatakan dikawal oleh kerajaan dan tanyalah kepada jurujual ada tak beras murah sst15%,katanya mana ada itu beras sudah lama tiada bak katanya out of stock,ini yang mek muskhilkan mana pergi beras sst15% dinegeri melaka.
YB Perumal exco bahagian Pengguna negeri melaka tolonglah pergi memantau beras sst15%ini kerana orang marhein macam mek ini cuma mampu untuk membeli beras tersebut.

aduhai MBMB

Pada hari jumaat lepas 16 mei seorang budak sekolah kebangsaan bachang melaka telah dilanggar kerana tidak mengikut jejantas yang telah ada dilebuhraya AMJ,
maasalah dilebuhraya ini pokok yang ditanam didivider tidak dicantas dan di selengara dengan baik tolonglah MBMB trimkan pokok-pokok itu jangan ada berlaku kemalangan maut baru nak buat itu nak buat ini.

Sabtu, 17 Mei 2008

apa nak jadi

Nelayan kg sungai baru menolak pampasan dari ketua menteri melaka datuk ali,setiap nelayan dapat rm1800 masih tacukup lagi ke?
berapa banyak yang mereka mahu rm180000 ribu ke sepatutnya para nelayan dikampung kuala sungai baru bersyukur kerana mereka masih boleh lagi pergi kelaut.