Sabtu, 3 Januari 2009

Pemain kaki bangku.. penonton bangku stadium

Masa mek bersekolah dahulu budak lelaki yang tidak pandai bermain bola mereka akan digelar kaki bangku,mek ingat orang melayu dahulu memang kaki bola,jikalau tidak takan ada bidalan kaki bangku ini.

Liga malaysia 2009 bermula pada malam ini dengan piala Sumbangsih antara Kedah dengan Selangor distadium darulaman Kedah,tanpa ada pemain import turut serta, arahan dari badan induk bolasepak malaysia FAM.

Adakah nanti liga M pada tahun ini akan menjadi liga yang muram disebabkan kesemua pemainnya adalah pemain tempatan,yang segelintir pamainya memang kaki bangku,janganlah nanti penonton yang datang kestadium berapa kerat sahaja dan yang ramai menonton nanti ialah bangku kosong distadium.

Jumaat, 2 Januari 2009

Sekolah menengah anak ku dimelaka.

Pada tiap kali bajet,peruntukan kepada kementerian pelajaran adalah 20% bagi keselurohan bajet negara.Mek yang muskhilkan pada setiap tahun murid masuk kealam persekolahan bertambah tetapi sekolah tak bertambah.

Dimelaka ini contohnya kawasan batu berendam kepadatan penduduknya ramai tetapi sekolah menengahnya cuma 2 buah sekolah sahaja.Murid bachang,malim,batu berendam,melaka baru,sungai putat,bukit bruang,taman merdeka,gangsa kebanyakannya bila kesekolah menengah tingkatan satu akan mendaftar di 2 sekolah menengah ini.

Yang menjadi mangsanya adalah murid tingkatan satu akan bersekolah sesi waktu petang yang sebelum ini mereka berselokah selama 6 tahun di waktu pagi,dan kepadatan murid di satu kelas akan melebihi 40 orang.