Khamis, 28 Ogos 2008

SMART TUNNEL yang tidak bijak

Semalam Kuala Lumpur banjir lagi di sebabkan hujan lebat turun selama 3jam,banyaklah harta benda yang rosak disebabkan kebanjiran air ini,kerajaan telah mengeluarkan wang berbillion ringgit membina terowong laluan air untuk mengelakkan banjir kilat berlaku diKuala Lumpur

Walaupun SMART TUNNEL telah mula berfungsi kira setahun yang lalu tetapi masaalah banjir masih lagi berlaku,adakah smart tunnel ini tidak menjadi sebijak sewaktu dirancang pembinaannya dahulu.

DiMelaka pula kerajaan negeri telah membelanja RM90 juta untuk mengatasi masaalah banjir dan banjir kilat dengan membina tebatan banjir di berapa buah tempat.Adakah dengan membina tebatan banjir ini dengan kos yang tinggi boleh selesaikan masaalah banjir dinegeri Melaka ini?

1 ulasan:

apai berkata...

memang tidak bijak