Selasa, 23 September 2008

Peha kiri kena cubit peha kanan ketawa.

Masa zaman mek 60pulohan dahulu,bila masuk sahaja hari yang ke23 ramadzan,mek dan rakan akan menebang buloh dan juga mencari tin susu cap junjung atau tea pot untuk membuat pelita malam tujuh likur.Pelita yang bersumbukan tali pengikat guni berserta minyak tanah(karosene) dimasa itu sebotol penuh lebih kurang 1.6liter berharga cuma 10sen dikedai runcit kampung.(sekarang ini minyak tanah adalah minyak paling termahal sekali berbanding petrol dan diesel)


Dimasa itu semangat gotong royong memang dah ada dijiwa kanak kanak,selepas mencacakkan kayu untuk pelita.Kami akan menolong pula dirumah jiran atau saudara mara yang lain,tampa upah duit atau makanan kerana untok memeriahkan lagi malam tujuh likur dengan nyalaan api pelita seluroh kampung(kebanyakan kampung tiada bekalan elektrik dimasa itu,boleh jadi CEB sekarang"TNB"tiada bajet)


Sikap tolong menolong antara satu dan lain tampa mengira kedudukkan,darjat dan fahaman. Susah dan senang tetap bersama,yang ringan sama dijinjit,yang berat sama dipikul memang dah berkurangan pada masa sekarang.Sifat biar engkau susah janji aku senang,ibarat kata bidalan peha kiri kena cubit peha kanan ketawa,menjadi sifat amalan generasi kini.

2 ulasan:

si lembik's berkata...

selamat hari raya mek...jangan lupa antar lemamng kat dalam blog ni....suma orang bole makan sama2.....

mek chabang4 berkata...

tahun ini lemang tak buat mek buat ketupat palas.
lembik jangan lupa mek hantar ketupat daun kelapa dengan kuah kacang sekali.