Jumaat, 26 September 2008

Berkhatan semua.....Berkhatam al Quran!!!

Bila masuk malam yang ke27 ramadzan kebanyakan masjid atau surau akan mengadakan majlis Khatam Al Quran.Dimelaka ini yang bertadarus alquran selepas sembahyang terawih adalah golongan otai dan orang tua termasuk imam dan bilal itu sendiri,nak tengok anak muda atau kanak bertadarus sekali memang jarang jumpa.

Pada 17 september yang lalu kerajaan negeri melaka bersama JAIM,telah menganjurkan khatam al quran bagi murid sekolah rendah bagi seluroh negeri melaka bertempat diMITC. Tujual asalnya ialah untuk mendapatkan sebanyak 1000 murid,tetapi tidak kesampaian dan cuma memporelehi lebih kurang 100 sahaja.

Dimana silapnya Jaim gagal untuk mendapat angka satu ribu itu,walhal disetiap kampung di melaka ini mempunyai sekolah agama kafa. Adakah kurikulum sekolah agama kafa ini terlampau membebankan murid sampai tidak mesra muquddam dan alquran.Janganlah nanti murid murid islam dimelaka ini semuanya berkhatan tapi berkhatam alquran boleh dibilang dengan jari.

Tiada ulasan: