Jumaat, 19 September 2008

Suasana puasa dulu dan sekarang

Hari ini adalah hari yang ke19 umat islam di malaysia menjalankan ibadat puasa,mek mengenangkan kembali nostalgia masa berpuasa zaman 60 pulohan dahulu.Kedai makanan orang islam 70% akan bercuti selama sebulan untuk menghormati bulan puasa, dan ini diambil kesempatan peniaga mamak atau indian muslim untuk pulang kenegeri asalnya benua india menjengah isteri atau saudara maranya disana. Perniagaan orang islam yang lebih 30% ini pula akan buka perniagaan mereka pukul 3petang kebawah dan akan tutup semula selepas berbuka nanti dan yang seronoknya tuan empunyai kedai itu akan menjemput orang yang lalu lalang untuk berbuka dikedai mereka dengan air sirap atau teh panas,buah kurma, biskut lemak dan biskut marry dengan percuma.

Suasana sekarang ini pula berbedza sekali dengan keujudan pasar pasar ramadzan yang diadakan banyak tempat bila sampai bulan puasa,dan peniaga peniaga dipasar ramadzan ini pula cuba mencari untung sebanyak yang boleh,tampa mengira keikhlasan dan kejujuran hati mereka untuk mencari pahala dengan membuat amal sedekah di bulan yang mulia ini.Ada setengah dari pada mereka ini menjualkan kan semula makanan yang tidak laku pada hari semalam,dan di jualnya semula pada hari ini.Bukankah lebih baik makanan yang tidak laku dan tidak boleh tahan lama ini disedekahkan pada jiran atau masjid dan surau untuk mendapatkan pahala.

(ada sambungan lagi)

Tiada ulasan: