Isnin, 29 September 2008

Hari Memantai petang Menembak

29 ramadan disetengah tempat dimelaka ini di panggil hari memantai atau petang menembak,ia bermaksud hari penyembelihan lembu,kerbau atau kambing dan petang menembak pula bermaksud pengumuman besok raya atau tidak.

Petani dan orang kampung dahulu menternak haiwan lembu atau kerbau secara lepas,dengan membiarkan binatang peliharaan bebas mencari makanan tanpa pulang kekandang diwaktu malam.Lembu dan kerbau ini akan berkeliaran secara berkumpulan berbulan dan bertahun lamanya tetapi tuan punya tahu pula jika haiwannya itu beranak dan berapa ekor anaknya.

Bila seminggu lagi nak raya tuan punya haiwan ini akan bermuafakat dengan jiran dan orang kampung untuk mencari dan menangkap haiwan ini untuk penyembilahan dihari lebaran.Diwaktu itu jarang kita dengar haiwan ini kena curi walaupun lepas bebas merata rata.

Petang menembak pula dimasa itu orang kampung tak berapa rumah yang mempunyai radio transistor oleh itu bila kerajaan mengumumkan besuk jatuh 1shawal anak anak muda akan menembak dengan meriam buluh untuk memberi tahu penduduk kampung bahawa besuk raya.

catitan ini mengingatkan masa kanak kanak.
serangkap pantun dari mek

Buai laju laju
Sampai tepi perigi
Kenangan masa lalu
Takan kembali lagi





2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

mek ni tino ko jante?

cabang 4 tumpat ko mek?

sel raya... berkenalan

mek chabang4 berkata...

memang chabang4 tok mek ngah tumpat,belakang sekolah keb,chabang4.
keturunan awang teh.