Khamis, 5 Februari 2009

Sekali sekala anak melayu perlu menderhaka!!!

Peribahasa melayu ada menyebut Raja adil raja di sembah raja zalim raja disanggah,ini menunjukkan di zaman dahulu jika seseorang raja pemerintah itu berlaku adil pada rakyatnya raja itu harus di hormati dan jikalau raja itu zalim dan menganyanya rakyat raja itu boleh disanggah atau pun rakyat perlu menderhaka pada raja tersebut.

Di zaman sekarang ini pula istilah raja berjiwa rakyat,raja berpelembagaan kerap kali disebut oleh media massa,adakah raja berjiwa rakyat raja tersebut makan beras SST15% dengan sambal belacan seperti mana rakyat kelas bawahan yang makan sekarang ini.Raja berpelembagaan pula adakah raja tersebut ikut suka hatinya membuat keputusan saperti raja zaman feudal dulu tanpa mengikut kehendak majoriti rakyat.

Mek tabik spring kepada menteri besar perak Datuk Muhammad Nizar Jamalludin kerana tidak melepaskan jawatan menteri besar seperti dikehendaki oleh Sultan Perak,sekali sekala anak melayu perlu menderhaka kepada raja jikalau raja tersebut bukan berjiwa rakyat dan tak ikut perlembagaan.

1 ulasan:

Cikli berkata...

mungkin sebab raja pun sekarang makan beras BN. Beras Nasional. Murah.