Jumaat, 6 Februari 2009

Baba,kenapa orang arab ramai dimelaka ni!

Kerajaan negeri melaka telah bersetuju membina perkampungan arab dengan kos sebanyak RM200juta ditiga kawasan,pulau melaka,klebang dan tebing sungai melaka,pada pendapat mek lokasi yang dipileh tidak sesuai.

Dipulau melaka kawasanya tidak berapa jauh dari melaka raya yang akan meruntuhkan iman pak pak arab nanti dan menjadi cemburu mak mak arab pula,bukankah kawasan melaka raya itu saperti Patpong diBangkok Thailand diwaktu malam.

Perkampungan diKlebang pula takan pak pak arab ini nak bina khemah dikawasan padang pasir pula,ingat nak keluar dari padang pasir rupa rupanya dapat padang pasir juga,lokasi akan meruntuhkan iman anak teruna pak arab pula bukankah kawasan itu terkenal kawasan merendek,kawasan kereta rosak dan merempit di waktu malam.

Ditebing sungai melaka pula,takut mak mak arab ini tersalah beri makan pada pak pak arab pula kerana biawak yang ada disungai melaka itu di sangkakan dhab padang pasir,takut nanti pak pak arab ini akan menjadi saperti biawak yang lidah bercabang cakap lain buat lain.

Pada pendapat mek kawasan yang sesuai untuk perkampungan arab dimelaka ini ialah di kawasan bukit di mana semua pemandangan boleh nampak sejuk mata memandang.Bukit yang mek cadangkan ialah Bukit Cina dikawasan bandar,Bukit Julutong disungai putat dan Bukit Cheng dibertam malim.

Takkan dengan RM200juta tak boleh beli 3 bukit ini?

Tiada ulasan: