Ahad, 31 Ogos 2008

Kiri...kiri...kanan..kiri..tong sampah mana?

Pagi tadi pergilah sekejap tengok perarakan perbarisan hari kemerdekaan MALAYSIA ken51tahun di Hang Tuah Mall,ramai juga orang yang datang menyaksikanya.

Yang mek nak sentuh disini aialah mentaliti rakyat kita walaupun negeri melaka akan menjadi negeri maju 2010 tetapi perkara sampah mereka ini langsung ta mempunyai sifat tanggung jawap untuk membuangnya ditong sampah.

Bila perhatikan jarak tong sampah di hang tuah mall ini memang jaraknya antara satu dengan satu memang jauh,lain kali kalau ada perayaan MBMB letakan tong sampah lebih sikit.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Makluk Halus yang tidak Educated

Sekarang ini media akbar heboh tentang cerita hantu,berkenaan rasukan histeria kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur Kuantan Pahang,masa cuti sekolah dahulu cerita diam seketika kerana hantu berkenaan tidak berminat merasuk para pekerja sekolah saperti tukang kebun,cleaner dan staf yang bertugas boleh jadi saiz mereka lebih besar dari saiz nenek(hantu)itu.

Minggu ini bila sessi persekolahan bermula,mulalah pelajar perempuan sekolah itu dirasuk semula,yang terbaru ini pelajar yang dirasuk dengan suara yang menjerit meminta darah dan nyawa manusia.

Disebabkan benda halus dikawasan itu tidak kesekolah walaupun sekolah sebelah sahaja,tidak mengetahui bahawa malaysia dah mengadakan 12kali pilehanraya umum dan besoknya 31 ogos malaysia dah mencapai kemerdekaan 51 tahun.

Jikalau makluk halus ini ikut peredaran masa dan beruducated ia akan rasuk pelajar sekolah berkenaan dengan berkata"aku tamahu darah aku tamahu nyawa tapi aku mahu kerajaan negeri dan kerajaan pusat di tukar kerana rumah aku yang aku duduk dah lama pun kerajaan dah robohkan mana nak aku tinggal sekarang,kata KERAJAAN PRIHATIN"

Cakap tak serupa Bikin...

Mek tidak bekerja,suami pun kerja tamenentu kadangkala kerja kadangkala tidak,anak 3 orang kesemuanya bersekolah,seorang rendah dan dua orang menengah pergi kesekolah menaiki bas,rumah sewa,bil api rm40 sebulan,bil air rm25sebulan.Mek dan suami tanah seinchi pun tiada walaupun datuk nenek anak bumi jati malaysia,kenderaan cuma satu kapcai buruk yang tidak mempunyai lindungan insuran dan cukai jalan kerana tak mampu nak bayar,pendapatan isirumah anggaran dalam rm400 hingga rm500 sebulan,umor suami dan isteri 50 tahun,tinggal dalam bandar melaka.

Dalam Bajet 2009 ini 'Kerajaan Prihatin'telah menaikkan tahap kelayakan bagi pemberian bantuan kebajikan dibawah jabatan kebajikan masyarakat daripada rm400 kepada rm720 sebulan.Persoalannya adakah golongan saperti mek ini boleh bermohon akan bantuan ini? kerana saperti yang mek tahu kebanyakan yang menerima bantuan dari kebajikan masyarakat adalah ahli ahli parti BN dan suku sakat AJKK yang diluluskan oleh pengerusi AJKK yang kebanyakanya orang BN sendiri, bila kita tengok ada setengahnya yang menerima bantuan ini,lebih senang dan mewah dari golongan pertengahan,tetapi orang miskin sekelilingnya tidak menerima apa apa bantuan pun.Jangan cakap tak serupa bikin.

Rumah tatinggal sahaja bilnya bawah RM20.

Kerajaan BN yang dikatakan prihatin,dalam bajetnya mengumumkan bil elektrik yang bawah rm20 dikecualikan pembayarannya mulai awal October hingga akhir tahun 2009.Dimalaysia ini sama ada mereka golongan pertengahan atau golongan bawahan setiap rumah mereka setidak tidaknya mempunyai 3 suis lampu,satu kipas angin,sebuah tv dan sebuah peti sejuk.

Dalam penggunaan semua alat eletrik ini,mana ada bil elektrik mereka dibawah rm20,kecuali mereka mengunakan lampu sahaja di waktu malam.Jikalau kerajaan yang prihatin kepada rakyat berilah rebate kepada semua pengguna,pasal syarikat GLC Tenaga ini keuntunganya tiaptiap tahun berbillion billion ringit sebab itu lah CEO nya gaji dan elaunnya nak sampai sejuta ringgit sebulan.

Khamis, 28 Ogos 2008

Melaka ku Bukit yang tidak Berbukit.

Dipilehanraya kecil P44 yang lepas,bekas calun yang kalah dalam penamaan calun dapat angka 3 dan beliau berkata no3 dalam bahasa mandarin bermakna bukit(jikalau salah tolong betulkan pasal mek bersekolah melayu setakat darjah 6 sahaja)dan harapan untuk menang memang ada bagi golongan ahli politik,bagi golongan saperti mek bukit bermakna tanah tinggi dan terpaksa mendakinya.

Dimasa sekarang pula golongan mewah dan elit jikalau nak membina rumah kalau boleh duduknya mesti diatas bukit kerana mereka boleh pandang bawah sekelilingnya dan tampa ada gangguan,bagi mereka jikalau bina rumah dibawah bukit,takut rumah mereka kena hempap oleh tanah bukit.

Dikawasan melaka tengah ini dikawasan bandar,perkataan bukit tidak bermakna kedudukan tanahnya yang tinggi saperti Bukit Piatu,Bukit Baru dan Bukit Serindit,cuma yang masih berbukit ialah Bukit Cina,ia taboleh disentuh kerana salah satu kemegahan Warisan Dunia.

Bila ada pembangunan di melaka tengah ini,bukit akan menjadi mangsa kerana tanahnya akan diambil untuk menambak dikawasan pembinaan itu,saperti yang sekarang berlaku diBukit Cheng.Mek nak tanya pada kerajaan negeri melaka,apabila tanah Bukit Cheng dah rata,tanah bukit mana yang akan diambil.

SMART TUNNEL yang tidak bijak

Semalam Kuala Lumpur banjir lagi di sebabkan hujan lebat turun selama 3jam,banyaklah harta benda yang rosak disebabkan kebanjiran air ini,kerajaan telah mengeluarkan wang berbillion ringgit membina terowong laluan air untuk mengelakkan banjir kilat berlaku diKuala Lumpur

Walaupun SMART TUNNEL telah mula berfungsi kira setahun yang lalu tetapi masaalah banjir masih lagi berlaku,adakah smart tunnel ini tidak menjadi sebijak sewaktu dirancang pembinaannya dahulu.

DiMelaka pula kerajaan negeri telah membelanja RM90 juta untuk mengatasi masaalah banjir dan banjir kilat dengan membina tebatan banjir di berapa buah tempat.Adakah dengan membina tebatan banjir ini dengan kos yang tinggi boleh selesaikan masaalah banjir dinegeri Melaka ini?

Belanjawan Rokok

Besok 29Ogos adalah hari belanjawan negara,menteri kewangan akan membentang di parlimen,harap harap belanjawan tahun ini jangan menjadi macam tahun yang lepas,dimana kerajaan dengan megahnya mengumumkan penghapusan yuran sekolah dimana nilai sebenarnya yuran sekolah rendah cuma rm4.50sen dan yuran sekolah menengah rm9 sahaja,tetapi bila hari pembukaan sekolah 2008 yuran lain semuanya bertambah.

Dihari belanjawan mesti ada kenaikan dan penghapusan cukai,dan minta pada tahun ini disebabkan kenaikan minyak,cukai berunsurkan makanan dan jikalau boleh berkenaan dengan motorsikal dihapuskan.

Tentang kenaikan pula diminta jangan ada apa apa kenaikan cukai pada tahun ini,kerana kerajaan sekarang ini pada tiap kali belanjawan gemar sekali menaikkan cukai tembakau,meyebabkan golongan pertengahan dan bawahan menjadi mangsa kerana mereka ini adalah pengisap rokok tegar.

Sekarang UMNO dan BN tak relevan.

Keputusan pilehanraya P44 Permatang Pauh telah diketahui keputusannya.Selalunya bila ada pilehanraya kecil diwaktu dahulu parti pemerintah selalunya akan mendapat undi melebihi dari undi sebelum itu,sama ada ia menang atau kalah,kerana parti pemerintah akan mengunakan segala kemudahan,dan janji itu dan ini sewaktu berkempen.

PRU12 dan pilehanraya kecil P44 yang lalu menunjukkan rakyat malaysia telah tidak mengundi parti kerajaan pusat dan telah memilih parti Pakatan Rakyat.Pada pendapat mek rakyat dah tak menyokong parti pemerintah kerana keegoan dan kesombongan pemimpin pemimpin dan ahli ahlinya,mereka semua ini banyak berlakun daripada realiti kehidupanya yang sebenar.

Sewaktu musim pilehanraya mereka ini datanglah bertanya khabar dan masaalah itu dan ini dan sebagainya untuk memancing undi,tetapi selepas mereka menang dan menjadi wakil rakyat segala berubah,rakyat bawahan yang mengundi mereka dilupakan.

Pengalaman mek sendiri,motor kapcai lama mek kadang kadang buat ragam,terpaksa hantar anak kesekolah berjalan kaki kira 4km,ditempat mek tinggal ini ada 2 yb tinggal,satu adun (bekas)dan satu lagi wakil parlimen,mek memang kenal kereta mewah mereka ini,masa mek berjalan kaki kereta YB itu melintas begitu sahaja,apalah salahnya berhenti kereta dan bertanya khabar,kereta bangsa lain sanggup berhenti dan menumpangkan anak mek kesekolah.

Inikah dia wakil rakyat BN,bila dah menang rakyat bawahan tak dipandang,warna dan corak asal dilupakan,cara kehidupan berubah,poket mereka lebih diutamakan.jikalau cara pemikiran mereka masih sama,UMNO dan BN bukan parti yang relevan diwaktu sekarang,dan rakyat akan memilih parti Pakatan Rakyat sebagai alternatif mereka.

Isnin, 25 Ogos 2008

SUKMA MELAKA 101010

Olimpik Beijing dah berakhir semalam dengan negara Cina menggondol 51emas 21perak 28gangsa dan menjuarai keselurohan negara peserta,bila sesebuah negara atau negeri akan menganjurkan temasya sukan mereka ini akan bersiap sedia dari segi prasarana sukan saperti stadium utama,kolam renang dan sebagainya ini belum termasuk menampilkan jaguh jaguh sukan bagi memenangi sebanyak boleh pingat emas bagi melonjakkan negara atau negeri tersebut ketangga keatas saperti Cina olimpik 2008 dan negeri Trengganu sukma 2008.
Negeri Melaka akan menganjurkan SUKMA 2010,apakah strategi yang akan digunakan oleh Datuk Ali,untuk menjadi negeri melaka menjuarai pungutan emas yang terbanyak di temashya sukan itu,adakah dengan mengeluarkan anak melaka sendiri menjadi ayam jaguhan didalam masa 2 tahun ini,atau mengimpot jaguh jaguh sukan dari negeri lain saperti kebaikan yang Datuk Ali buat kepada bekas pemain badminton negara Misbun Hj Sidek keatas kurnian pangkat Datuk kepadanya.
Walau bagaimana pun disebabkan orang negeri melaka ini sungguh berminat pada angka yang pelik dan ganjil apa kata jikalau SUKMA MELAKA ini bermula pada 10 Oktober 2010 atau rengkasnya 101010 mana tahu fungshui ini menjadi saperti Cina buat hari pembukaan olimpiknya pada 08-08-08,dan manalah tahu negeri melaka akan menjuarai pemungut pingat emas yang terbanyak pada SUKMA itu nanti.

Ada mata pandang,telinga dengar,ada pensil pangkah..

Besok 26Ogos adalah hari mengundi bagi P44 Permatang Pauh,selama 10 hari berkempen ini macam macam hal,kerenah,tohmahan,caci mencaci dari perkara seremeh-remeh hingga sebesar besar sampai lapuran polis dibuat,dan disebabkan P44 ini ada pemimpin kanan,orang bawahan sanggup bersumpah untuk menegakkan kebeneran masing masing.
Yang seronoknya ramainya pari-pari bertandang kesitu untuk memberi hadiah cenderahati,cenderamata dan boleh jadi juga ada yang jatuh hati dan bermain mata dengan penduduk di sana,dan yang terlebih terhiburnya siketua pari-pari mengumumkan pengurangan harga minyak,sebelum tarikh yang ditetapkan pada 1 September ini(selalunya siketua ini cakap lain buat lain).
Oleh itu penduduk penduduk bagi P44 Permatang Pauh,besok pesan orang tua saperti mek ini ada nasi makan..ada aiskrim hisap..ada mata pandang..ada telinga dengar..ada mulut diam..dan ada pensil PANGKAH!!!!ikut hati kau oranglah,janji bahagia.

Rabu, 20 Ogos 2008

Warung kopi.... lobby hotel

Di Melaka ini,hotelnya sangatlah banyak yang 5star hingga yang ta berstar,dan khabarnya lagi nak naik kan lagi bangunan hotel di melaka ini, kerana pelancung berduyun duyun datang kemelaka ini pada hujung minggu, sampai ta tertampung hotel di melaka ini, kata ketua menteri melaka.
Bila kerajaan pusat tidak membenar mengadakan seminar atau mesyuarat di hotel pada tempoh hari,towkay hotel yang pernah dapat kontak dengan kerajaan negeri mula mengeluh katanya industri hotel di melaka ini boleh tutuplah dan bermacam lag,lalu kerajaan pusat menarik balik larangan itu,tersenyum pula towkay hotel berkenaan
Pada pandangan mek, duit untuk membayar mesyuarat itu adalah duit rakyat,apa kata jikalau mengadakan mesyuarat atau seminar dilobby hotel, makan dan minum diwarung kopi di luar hotel,itu baru adil kedua duanya dapat menufaatnya,warung kopi dan hotel dapat untung.

Bukan semua Naik,ada yang Turun?

Di malaysia ini bukannya semua barangan yang naik,ada juga yang turun,saperti Bursa sahamnya yang tahun 2007 kenaikan index mencecah sampai 1400 mata tetapi pada hari ini indexnya cuma setakat 1071 mata sahaja,menunjukan kejatuhan index sebanyak 200lebih mata.
Yang ta sedapnya syarikat baru, yang tersenarai di bursa malaysia ini,bila hari pertama ta pernah menunjukkan kenaikan tetapi penurunan,saperti contoh hari ini syarikat baru tersenarai Perwaja menurun sebanyak 40 sen.
Berbanding pada tahun 90 pulohan dahulu yang mana syarikat yang tapernah buat keuntungan bila disenaraikan,pada hari pertama melonjak naik 30 hingga 50% daripada harga asalnya,dan syarikat yang nak disenaraikan semuanya terlebih langganan.

Naik....naik......naik

Bila tiba sahaja musim bulan ramadan, keperluan barangan dapur naik lagi antara 10 hingga 50%,ayam yang dulunya harga antara rm5 hingga rm6 sekarang rm6 hingga rm7.50,bawang besar dulunya berharga bawah rm1 sekilo sekarang rm1.30 sekilo,dan banyak lagi barang keperluan lain saperti cili kering,daging tempatan,ikan sayur semua melonjak naik.
Belum lagi barangan saperti tepung gandum biasa,beras SST15% memang ta jumpa langsung di pasaran,bagi orang yang ada duit kenaikan harga barangan keperluan ini ta berapa terasa sangat,tetapi orang marhein saperti mek ini sunggoh terasa keatas kenaikan barangan dapur ini.
Mek pinjam pantun Datuk Ali Rustam,

Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Bila bulan ramadan kian menjelang,
Barangan dapur dimelaka naik lagi.

Isnin, 18 Ogos 2008

Kg empang batu.tanah.com

Di Melaka ini sama ada di MelakaTengah,Jasin atau AlorGajah bila ada pengambilan tanah oleh pihak kerajaan negeri,tanah orang melayu atau tanah berstatus MCL akan menjadi mangsa,kelmarin penduduk kg Empang Batu Masjid Tanah telah mengadakan demontrasi kerana membantah pengambilan tanah mereka bagi projek penepatan banjir.
Yang menghairankan pegawai tadbir didaerah ini tiada ke cara lain,daripada mengambil tanah orang melayu sahaja, bukan kah tanah itu melambangkan bangsa itu sendiri.Oh negeri ku Melaka Bandaraya Warisan Dunia,warisan tanah anak bumi sendiri tak di pandang.

Entah-lah

Kadang kala terfikir juga ingat orang yang berlajar tinggi sampai ke universiti,tahu cara bercakap semasa keluar tutur perkataan dari mulutnya,pesan orang tua-tua dahulu fikir dahulu sebelum bercakap dan kawal diri mu walau keadaan marah sekali pun kerana sabar itu separuh daipada iman.
Sewaktu berita perdana malam tadi, ada seorang peguam muslim yang mempunyai ikatan darah india dan melayu telah mengeluarkan perkataan perkataan yang sepatutnya tak keluar dari mulutnya kepada seorang muslim yang lain.
Cara peguam bercakap, asyik asyik ingin berjumpa dimahkamah sahaja,ini mahkamah dunia mahkamah akhirat macamana pula.

Tiada Uummpphh

Malaysia masih kempunan untuk meraih pingat emas pada olimpik beijing kali ini,kerana tertewasnya jaguh ayam kampung,Lee Chong Wei kepada pemain China, Lin Dan dengan straight set 21-12 dan 21-8 dalam masa 40 minit.
Bila tengok cara permainan Chong Wei tadi ta ubah bertaraf kampung,lansung tak bermaya,walaupun dia tersenarai pemain kedua terbaik dunia,dan boleh jadi jurulatihnya Dato Misbun tersalah beri makan,sepatut di beri tongkat ali tetapi tersalah beri kacip fatimah jadi ummpphh nya ta menjadi.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Zaman dah berubah,dunia dah maju,fikiran masih?

Dua tiga hari ini budak budak UiTM seluroh malaysia dari Perlis hingga Sabah sibuk berdemontrasi membawa sepanduk dan menyerahkan memorandum, kerana disebabkan kenyataan seorang menteri besar mencadangkan membuka pelajar bukan bumi sebanyak 10%.
Yang jadi tanda tanya ialah,sewaktu kerajaan dah membuka pintu 10% kepada bukan bumiputra diMaktab Rendah Sain Mara 4tahun yang lepas,tiada pun ada demontrasi atau bantahan dari pelajar dan ibu bapa,kenapa pada tahun 2008 dan cuma baru satu cadangan,semua pelajar berdemontrasi dan tidak hadir kuliah,apa kata jikalau perkara ini dicadangkan oleh perdana menteri malaysia sendiri,adakah semua pelajar akan membantahnya.
Pemimpin dan pelajar UiTM sepatutnya berfikiran rasional dan berfikiran terbuka,dan jangan nanti orang kata zaman dah berubah dunia dah maju tetapi tahap berfikir masih tang tu juga.

Selisih malaikat 44

Besok 16 ogos adalah hari penamaan calun kerusi Permatang Pauh P44,dalam budaya melayu angka 44 besar maknanya, kerana jikalau seorang perempuan melayu bersalin dia terpaksa menunggu hari ke44 untuk melaksanakan tugasnya semula,bagi keluarga orang melayu yang meninggal dunia pula, mereka akan membuat kenduri hingga hari ke44.
Didalam takwim hijrah pula, besok adalah 15 Syaaban, di mana kebanyakan surau atau masjid akan mengadakan tahlil atau bacaan yaasin,dan pada malamnya kemudian akan belaku gerhana bulan separa penuh 80%,bermula dari 03.36pagi hingga 06.45pagi hari ahad.
Siapa kah dia calun pada besok hari, sahingga siapakah pemenang pada hari pembuangan undi 26ogos ini,diharap malaysia akan terus maju dan makmur,dan jauhilah segala bencana dari menimpa,bak kata oarang melayu selisih malaikat 44,dan selamat berkempen diP44 dari mekchabang4.

Selasa, 12 Ogos 2008

Dulu laut sekarang padang pasir

Mek pernah menjadi pengawal keselamatan di kondominium Lagenda di Klebang dan pernah berbual dengan penduduk kawasan tersebut dan mereka memuji tentang keindahan di kondo tersebut,kebiruan air laut desiran ombak dan bayu yang mereka rasai ta berapa meter dari rumah mereka, betapa indah dan nyamanya, sebab itu mereka membeli kondo tersebut.
Semalam mek berjumpa dengan salah seoarang dari mereka, dan dia memberi tahu mek keindahan mereka lalui setahun yang lalu dah ta ujud lagi,yang ujud cuma padang pasir sahaja dan tadengar lagi hempasan ombak dipantai dan pulau Upeh tak lama lagi tiada bertitle pulau lagi.
Betapa pesat negeri ku membangun,warisan pantai di negeri ku ini dah terhapus sedikit,pulau dah jadi daratan, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

MCL itulah yang ada

Kerancakan pembangunan dimelaka ini adalah cukup hebat,pantang aja ada tanah kosong ,atau paya dikawasan bandar, tak berapa lama kemudian lori tanah datang menambak kawasan tersebut contohnya dikawasan jalan panglima awang dan lebuhraya AMJ.
Mek tulis perkara ini bukannya apa cuma nak tanya status tanah tersebut sebelum dimajukan,adakah tanah tersebut bertaraf MCL(tanah adat melayu melaka) di beli oleh kerajaan negeri dan dimajukan atau memang tanah kerajaan negeri atau berstatus FREE HOLD,
Didalam bandar melaka ini, status tanah MCL semakin berkurangan, bertambahnya tiada dan tanah MCL itulah sahaja, kemegahan orang melayu melaka yang ada.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Biar kurang makan tetapi jangan biadap

Majlis peguam malaysia tetap juga mengadakan forum, berkenaan artikel 121 1A pada hari ini menunjukkan kebiadapan majlis peguam keatas sensitiviti umat islam dimalaysia ini.
Kami orang Islam dimalaysia walaupun mempunyai perbedzaan politik,tetapi jikalau diungkit perkara agama kami akan bersatu menentangnya,jangan anggap kami lemah,malaysia adalah negara kami,ISLAM adalah agama rasmi malaysia termaktub dalam perlembagaan,jangan cuba mencabar kami,dimanakah peguam peguam islam dimalaysia ini, mana suara kamu.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Melaka bila lagi siaran langsung

Selepas PRU12 ini mek tengok negeri negeri yang di menangi oleh pakatan rakyat saperti kedah,pulau pinang,perak, selangor dan kelantan bila ada persidangan undangan negeri,mereka ini semua mengadakan siaran langsung melalui halaman web internet, dan mek yang yang duduk dmelaka ini pun boleh mengikuti persidangan undangan negeri mereka itu semua dengan jelas dan nyata.
Kerajaan BN negeri melaka telah mengadakan persidangan undangan negeri pada minggu ini,mek cuba mencari jikalau disiarkan secara langsung melalui laman web melaka.gov.my tetapi ta jumpa,mek nak tanya pada Datuk Ali bila lagi melaka nak siarkan persidangan undangan negeri melaka secara langsung di laman web.

080808 baik punya nombor

Hari ini 8 haribulan ogos 2008,jikalau direngkaskan menjadi 080808 yang di tunggu oleh segelintir manusia dimuka bumi ini,tak tahulah mek tah apa yang di gilakan pada angka ini termasuk sekali orang islam kita, pada hari ini lah nak di adakan majlis akad nikah,perkahwinan dan sebagainya.
Tetapi yang menariknya ada peminat peminat nombor yang glamour ini terpaksa membayar berpuloh-puloh ribu ringgit untuk nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Seram sejuk Seram panas

Ini adalah amaran kepada jantan jantan dimelaka yang suka belakang, jika kamu atau pasangan kamu buat laporan polis kerana dipaksa,terpaksa atau kurang sedap atau terlebih lazat atau suka sama suka,dan didakwa kemahkamah (dibawah seksyen) 377B(kanun kesesaksaan)yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Mek menulis perkara bukannya apa cuma untuk mengingat Nyah Nyah yang masih lagi berkeliaran dibas stand lama melaka dijalan tun ali,seram panas mek nyah,aauuoohh taakuut.

Khamis, 7 Ogos 2008

2010 negeri maju 2008 masih banjir

Pagi tadi mek dari bachang nak ke pringgit dengan menaiki motor kapcai buruk tetapi disebabkan hujan lebat perjalanan menjadi perlahan disimpang 4 perindustrian batu berendam berhadapan bangunan sirim,apa yang mek ketahui bila hujan lebat satu atau dua jam persimpangan ini memang akan dinaiki air sedalam setengah hingga satu kaki,perkara ini memang dah lama berlaku dari dulu hingga sekarang tetapi masih belum dapat diselesaikan masaallah ini.
Banjir ini bukan sahaja berlaku dijalan jalan di melaka ini tetapi juga dikampung kampung yang mana saliran longkang dan tali air tak di bersihkan,perkara banjir ini nak di salahkan kepada siapa,adakah pada kerajaan atau penduduk yang menduduki kawasan itu atau pun memang dah kejadian alam.
Mek harap jangan nanti ada orang kata tahun 2010 Melaka akan menjadi negeri Maju tetapi masaalah banjir tang tu juga.

Oh dmana SST15%

Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa tiada kenaikan harga pada beras SST15%,maknanya beras ini masih tetap harga asal lingkungan rm16.5 hingga rm18.5,tetapi maasallahnya dmana nak dapatkan beras ini dnegeri Melaka,mek dah puas mencari cuma sekali dapat dibeli di salah sebuah pasaraya dekat dimelaka sentral itu pun dirasmikan oleh YAB Ketua menteri sebulan yang lalu dan had pembeliannya cuma 2kampit seorang,selepas itu bila pergi balik dipasaraya berkenaan pekerja tersebut kata datang petang atau besok,bila datang cuma yang ada beras yang mahal sahaja(beras untuk orang ada duit)
Bagi mek kemampuan untok makan cuma beras sst15% ini sahaja,tetapi nak dapatkanya sangatlah susah,dan dharap exco pengguna negeri melaka tolonglah pantau perkara ini,nak dapatkan beras ini di kedai kampong memang taada,dan tolong beritahu ditempat mana beras sst15% sentiasa ada dan tak menyusahkan orang saperti mek ini keulu kehilir yang dah memang susah untuk mencari beras ini.

Hari ini kau datang jua

Mek ta berapa minat tentang perkara perkara sex,tetapi bila anak mek yang berumor 8tahun bertanya mek apa itu liwat?yang menjadi tajuk berita utama di semua rangkaian tv dimalaysia ini dan mek terpaksa menjawabnya secara kiasan.
Hari ini 7 ogos Datuk Sri Anwar Ibrahim akan ke mahkamah dengan kes tuduhan meliwat dan akan menjadi topik utama lagi di tv dan akbar, dan semua cerita perkara luar seluar,dalam seluar akan keluar.
Perkara yang mek takutkan ialah nanti anak mek akan bertanya adakah orang dimalaysia ini gagah gagah perkasa kerana yang berumor 61 tahun meliwat 23 tahun, dan jikalau difilemkan pun nak tengok pun ta syok kerana situa meliwat simuda tiada klimaknya,lainlah kalau sipemuda meliwat simuda baru sedap dituntun

Rabu, 6 Ogos 2008

LEKAK LEKUK LEKIK,LEKAK LEKUK

Jalanraya dinegeri melaka ini memang cantik dan canggih segala segalanya dan sepadan dengan gelaran baharu di terima dari UNESCO,MELAKA BANNDARAYA WARISAN DUNIA,tahniah kepada pemimpin negeri melaka ini.

Perkara mek nak maklumkan disini ialah jalan yang nak menaiki jambatan(flyover)dari pringgit ke bukit bharu dikiri jalan permulaan mendaki tu jalannya berlekak lekuk disebelah kiri dan membahaya kepada penunggang motorsikal tetapi ta merbahaya kepada kenderaan bertayar4 dan lebih,masaalahnya perkara ini dah lama berlaku dan tiada apa apa dilakukan oleh pihak berkaitan,boleh jadi mereka ini semua menaiki berkenderaan bertayar4 dan tak dapat merasai lekak lekuk itu.

Saya PK 0007Mek Melapurkan Tabaik dan Taselamat

Hari ini diakbar Utusan Malaysia ada menyiarkan seorang anak melaka keturunan cina berasal dari Merlimau yang berusia 55tahun dan pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan akan menerima ijazah sarjana dalam bidang sejarah adalah satu yang mengkagumkan.
Bila terbaca ini teringat mek yang pernah menjadi pengawal keselamatan yang bertugas 12jam sehari dan kadangkala kena berkerja 24jam tampa berhenti dan sekali sekala 36 jam terus menerus kerana terpaksa dan dipaksa,dan yang teruknya kena berkerja 30 hari sebulan tampa ada cuti mingguan,bila mohon cuti majikan akan beri bermacam alasan,tacukup pengawal lah dan bermacam lagi,dan bila kita ponteng disebabkan tadapat cuti gaji kita akan di potong 2hari.
Mek tengok kebajikan para pekerja pengawal keselamatan dari agensy keselamatan di melaka ini langsung ta diambil peduli oleh pihak atasan,yang mereka fikirkan berapa bulan bonus yang mereka akan dapat pada belanjawan ini,elaundan cola apa mereka akan dapat lagi.tentang nasib kami yang mejadi pengawal keselamatan ini pihak mana yang akan ambil berat,tahukah mereka 85% PK ini adalah berbangsa melayu dan 60% mereka ini berumor 50 tahun keatas.
Teringat mek pada buku laporan pengawal keselamatan,"SAYA PK OOO7 MEKCHABANG4 MELAPURKAN KEADAAN ADALAH BAIK DAN SELAMAT"yang tabaik dan taselamatnya adalah pengawal itu sendiri kerana kebajikannya tadiambil peduli.