Besok 29Ogos adalah hari belanjawan negara,menteri kewangan akan membentang di parlimen,harap harap belanjawan tahun ini jangan menjadi macam tahun yang lepas,dimana kerajaan dengan megahnya mengumumkan penghapusan yuran sekolah dimana nilai sebenarnya yuran sekolah rendah cuma rm4.50sen dan yuran sekolah menengah rm9 sahaja,tetapi bila hari pembukaan sekolah 2008 yuran lain semuanya bertambah.
Dihari belanjawan mesti ada kenaikan dan penghapusan cukai,dan minta pada tahun ini disebabkan kenaikan minyak,cukai berunsurkan makanan dan jikalau boleh berkenaan dengan motorsikal dihapuskan.
Tentang kenaikan pula diminta jangan ada apa apa kenaikan cukai pada tahun ini,kerana kerajaan sekarang ini pada tiap kali belanjawan gemar sekali menaikkan cukai tembakau,meyebabkan golongan pertengahan dan bawahan menjadi mangsa kerana mereka ini adalah pengisap rokok tegar.
Khamis, 28 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan