Keputusan pilehanraya P44 Permatang Pauh telah diketahui keputusannya.Selalunya bila ada pilehanraya kecil diwaktu dahulu parti pemerintah selalunya akan mendapat undi melebihi dari undi sebelum itu,sama ada ia menang atau kalah,kerana parti pemerintah akan mengunakan segala kemudahan,dan janji itu dan ini sewaktu berkempen.
PRU12 dan pilehanraya kecil P44 yang lalu menunjukkan rakyat malaysia telah tidak mengundi parti kerajaan pusat dan telah memilih parti Pakatan Rakyat.Pada pendapat mek rakyat dah tak menyokong parti pemerintah kerana keegoan dan kesombongan pemimpin pemimpin dan ahli ahlinya,mereka semua ini banyak berlakun daripada realiti kehidupanya yang sebenar.
Sewaktu musim pilehanraya mereka ini datanglah bertanya khabar dan masaalah itu dan ini dan sebagainya untuk memancing undi,tetapi selepas mereka menang dan menjadi wakil rakyat segala berubah,rakyat bawahan yang mengundi mereka dilupakan.
Pengalaman mek sendiri,motor kapcai lama mek kadang kadang buat ragam,terpaksa hantar anak kesekolah berjalan kaki kira 4km,ditempat mek tinggal ini ada 2 yb tinggal,satu adun (bekas)dan satu lagi wakil parlimen,mek memang kenal kereta mewah mereka ini,masa mek berjalan kaki kereta YB itu melintas begitu sahaja,apalah salahnya berhenti kereta dan bertanya khabar,kereta bangsa lain sanggup berhenti dan menumpangkan anak mek kesekolah.
Inikah dia wakil rakyat BN,bila dah menang rakyat bawahan tak dipandang,warna dan corak asal dilupakan,cara kehidupan berubah,poket mereka lebih diutamakan.jikalau cara pemikiran mereka masih sama,UMNO dan BN bukan parti yang relevan diwaktu sekarang,dan rakyat akan memilih parti Pakatan Rakyat sebagai alternatif mereka.
Khamis, 28 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan