Jumaat, 13 Februari 2009

Lapuran.2...Saya PK Zambry melapurkan...

Hari ini friday the 13,ada setengah kaum cukup takut atau pantang jika hari jumaat jatuh pada setiap 13 haribulan calendar masehi,tetapi saya pk zambry dah masuk hari ke4 bermakna dah lepas pantang 3hari,bertugas dipejabat SUK Ipoh Perak,ini adalah lapuran saya.

Hari pertama saya bertugas, hari selasa yang lepas saya terpaksa berebut siapa sampai dulu dipondok pengawal,kerana takut mantan pengawal terdahulu datang berebut kerusi dan meja.

Media TV dan akhbar pun tiada melapurkan adanya kelas kelas tadika kemas kena kunci pintu masuk dan tidak payah lagi datuk Kemas terpaksa datang diwaktu pagi untuk mengusap rambut murid kemas dengan wajah yang hiba dan sedih.

Tiada juga dengar gerai gerai majlis daerah dan dewan dewan orang ramai kena kunci atau pun kena potong api dan air.Sewaktu mantan pengawal dahulu bertugas selama 10bulan macam macam maasallah timbul.

Kaum malayu,cina dan india pula aktiviti harian mereka berjalan dengan baik dan lancar,kecuali pada hari selasa dan rabu yang lepas kenderaan tidak berjalan lancar di waktu petang berhadapan kedai kuda ghee hin dan kedai ekor dan toto hai san kerana pembelian saat akhir nombor saham ramalan.

Kaum singh pula mereka sekarang ini banyak muasabahkan diri dengan dengan meminum susu lembu, makan capati,serta memakai serban semasa menunggang atau membonceng motorsikal untuk tujuan keselamatan

Pada hari jumaat ini kita orang perak harus banyak muasabahkan diri dengan tidak kira melayu atau cina saperti yang diucapkan oleh pak bai singh kita,anwar ibrahim,lim kit siang harus bertaubat,tetapi yang muskhilkan Datuk Nik Aziz dia tak suruh bertaubat pulak.

Selasa, 10 Februari 2009

Kancil dan pelanduk dah masuk jerat!

Peribahasa melayu ada menyatakan selalunya pelanduk dan kancil akan melupakan jerat tetapi jerat tak lupakan pelanduk,pelanduk ingat dia pandai melarikan diri sekejap sini sekejap sana dan melompat sini melompat sana,sampai tak teringat hari ada sebutan kes dimahkamah majistret ipoh.

Terkini petikan Utusan online:
Mahkamah keluarkan waran tangkap ADUN Changkat Jering
10/02/2009 10:22am
IPOH 10 Feb. - Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ahli perniagaan Usaili Alias kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta. - Bernama

Bukit diMelaka tiada uummpp.

Melaka ini walaupun kedua terkecil diantara negeri negeri diMalaysia ini,tetapi negeri yang ramai penduduk tinggal diatas bukit ialah melaka juga didaerah melaka tengah.Dengan penduduk seramai 456,ooo dengan keluasan 297.85 km persegi sebagian penduduknya tinggal diatas bukit.

Disini disebutkan beberapa nama bukit terletak di daerah melaka tengah,bukit cina,bukit gedung,bukit st paul,bukit senjuang,bukit serindit,bukit baru,bukit piatu,bukit pringgit,bukit sebukur,bukit bruang,bukit katil,bukit duyung,bukit larang,bukit larang,bukit durian,bukit gapam,bukit julutung,bukit cheng,bukit rambai dan seterusnya.

Walaupun melaka ini banyak tempat bernama perkataan bukit,tetapi bukit bukit dimelaka ini tiada glamour dan tiada uummppnya,berbanding pada negeri lain dimalaysia ini contohnya bukit dinegeri Perak...P59 Bukit Gantang dan dinegeri Kedah...N25 Bukit Selambau.

Isnin, 9 Februari 2009

Pak Lah boleh terus jadi PM selepas march ini.

Dengan kekosongan kerusi parlimen Bukit gantang atas kematian wakil rakyatnya.Satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan dalam masa 60hari selepas pemberitahuan speaker dewan rakyat keatas kekosongan kerusi itu kepada SPR malaysia.

Pilehanraya kecil ini terpaksa diadakan dalam pertengahan atau pengujung bulan march nanti,dan pada bulan march ini juga persidangan agung umno akan diadakan.Sama ada persidangan agung ini di terus atau di tangguhkan,terpulang siapa akan dilantik sebagai pengarah pilehanraya kecil itu nanti.

Pengerusi umno perak sekarang adalah datuk najib,beliau akan dilantik oleh majlis tertinggi sebagai pengarah pilehanraya tersebut berkemungkinan besar jikalau itu terjadi bererti beliau akan masuk kedalam kuburnya dan bolehlah dihadiahkan batu nisan dan bunga bungaan untuk ditabur diatas pusaranya.

Saya PK Zambry melapurkan.......

Saya pk zambry melapurkan pada hari isnin 09 february negeri perak masih bercuti hari ini,oleh sebab saya menteri besar untuk semua kaum disini melapurkan keadaan kaum tersebut.

Dikuala kangsar warung kopi melayu penuh dengan pelanggan meminta nasi lemak,kopi o kaauu,mereka ini tak takut lagi ancaman dengue kerana pihak FRU telah melakukan fogging mengunakan gas pemedih mata,menyebabkan nyamok aedes tidak boleh membuka mata.Untuk membuat orang malayu berminat pada kita semula saya cadangkan semua dusun durian orang melayu ini dipasang dengan api supaya mereka senang mengutip buah durian.

Di ipoh pula pagi ini kedai kopi ghee hin dan hai san berjalan saperti biasa,mereka ini semua ini penat merayaikan pesta chap goh meh semalam semasa saya mengadiri perasmian itu mereka telah menghadiahkan batu nisan bunga kuning untuk saya membuat sembahyang kubur nanti.

Bagan datuk pula kedai kedai todi masih belum dibuka,kerana mereka belum bangun lagi sebabkan hari thaipusam semalam.

Slim river keadaan kaum singh menjalan tugas saperti biasa dengan memberi makan lembu dan memerah susu,tetapi ada seorang pak bai disini membuat kepala pening sikit adakah dia kata pada orang perak 'you don't play play with me' .

Ahad, 8 Februari 2009

Uneducated...punya Ketua Menteri!!!

Minggu lalu sebuah firma dimelaka telah menyita peralatan pejabat JKR(melaka) kerana gagal melangsaikan wang tunggakan sebanyak RM4.5juta.Tindakan firma itu mestilah atas persetujuan mahkamah,telah membuat ketua menteri melaka naik darah dan dia menyatakan perkara itu tidak mengikut undang undang.

Sebodoh bodohnya mek ini yang bersekolah setakat darjah 6 aliran kebangsaan,takkan firma ini sesuka hati berani menyita barangan harta kerajaan jikalau bukan dari arahan mahkamah.Cara Datuk Sri memberi jawapan kepada pemberita,datuk boleh didakwa menghina mahkamah.

Datuk Sri,pada pendapat mek datuk kena banyak belajar tentang perkara kedaulatan undang undang malaysia ini,sebelum datuk (jikalau ada rezeki) menjadi timbalan presiden umno nanti.Cadangan mek jikalau datuk nak menuntut ilmu undang undang ini datuk kena belajar dengan Pak Bai Singh kita,sultan dia nak saman.

Sabtu, 7 Februari 2009

Mamak...cendul..sa....kacang mahu lebih...

Terlantiknya menteri besar yang ke11 yang tidak ikut undang perlembagaan,maka bertambahlah lagi geng mamak dinegeri perak.Dengan datangnyai seorang mamak menarajui sebuahdahulu,bertambahlah lagi kerja polis dinegeri perak.

Pengerusi umno perak mungkin berfikir,jikalau ia letak seorang melayu dikerusi tersebut besar kemungkinan melayu tersebut cuma tunggu dibawah bangsal pangkin durian sahaja,menunggu buah durian jatuh,bukannya berjalan sambil melilau cari buah durian,saperti mana bekas MB umno dahulu tak buat apa selepas kalah PRU12.

Mamak pula jikalau satu hari tak pekena kari ia sanggup cari bahan bahannya dan giling untuk membuat perencah karinya sendiri,oleh demikian sinajib melantik mamak dari melayu perak dikerusi tersebut.

Datuk Ali Rustam bila lagi nak bina perkampungan mamak dinegeri melaka,jikalau datuk fikir tak punyai tempat mek cadangkan di kawasan bachang kgpadang.

Jumaat, 6 Februari 2009

SiLuncai terjun dengan labu sayungnya....biarkan...biarkan

Semenjak krisis dinegeri Perak ini yang ketuai dalang sinajib dan dibantu oleh sultan perak,bakal timbalan presiden umno,menteri menyebabkan pelabur asing lari dan bertambah pengganggur dimalaysia,ketua menteri yang akan memecahkan malaysia of book record perkampungan terbanyak pada negeri yang kecil dan menteri yang berjiwa kanak kanak pra sekolah,jarang diminta pendapat oleh pemberita tv atau akhbar.

Adakah misi macam undang undang hutan ini yang cuma boleh dikendalikan oleh sinajib sahaja memang ada rupa iras lanun dan ada menuntut ilmu lanun segala lanun,atau ketiga calun timbalan presiden tidak mempunyai ilmu tersebut.

Kebarangkalian juga chief lanun yang selalu tidur,memberitahu 3 lanun junior ini,biarkan siluncai terjun dengan labu sayungnya,dan dikehendaki menjawap oleh lanun junior ini biarkan..biarkan, supaya si luncai ini lemas oleh arus sungai perak yang deras,dan sichief lanun ini boleh tidur ayam hingga PRU13 nanti.

Baba,kenapa orang arab ramai dimelaka ni!

Kerajaan negeri melaka telah bersetuju membina perkampungan arab dengan kos sebanyak RM200juta ditiga kawasan,pulau melaka,klebang dan tebing sungai melaka,pada pendapat mek lokasi yang dipileh tidak sesuai.

Dipulau melaka kawasanya tidak berapa jauh dari melaka raya yang akan meruntuhkan iman pak pak arab nanti dan menjadi cemburu mak mak arab pula,bukankah kawasan melaka raya itu saperti Patpong diBangkok Thailand diwaktu malam.

Perkampungan diKlebang pula takan pak pak arab ini nak bina khemah dikawasan padang pasir pula,ingat nak keluar dari padang pasir rupa rupanya dapat padang pasir juga,lokasi akan meruntuhkan iman anak teruna pak arab pula bukankah kawasan itu terkenal kawasan merendek,kawasan kereta rosak dan merempit di waktu malam.

Ditebing sungai melaka pula,takut mak mak arab ini tersalah beri makan pada pak pak arab pula kerana biawak yang ada disungai melaka itu di sangkakan dhab padang pasir,takut nanti pak pak arab ini akan menjadi saperti biawak yang lidah bercabang cakap lain buat lain.

Pada pendapat mek kawasan yang sesuai untuk perkampungan arab dimelaka ini ialah di kawasan bukit di mana semua pemandangan boleh nampak sejuk mata memandang.Bukit yang mek cadangkan ialah Bukit Cina dikawasan bandar,Bukit Julutong disungai putat dan Bukit Cheng dibertam malim.

Takkan dengan RM200juta tak boleh beli 3 bukit ini?

Khamis, 5 Februari 2009

Adakah perkara serupa akan berlaku pada march ini?

Pada bulan march ini adalah persidangan agung umno dan juga pemilihan jawatan parti.Datuk najib telah mendapat jawatan presiden parti kepadanya dan adakah selepas dapat pengesahan ia menjadi presiden umno ia menghadap kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agung dan menyatakan ia adalah PM Malaysia yang baru dan terus menyenaraikan menteri kabinetnya.

Mengikut perlembagaan,pm yang sedia ada harus menulis surat perletakan jawatan dan Agung bila berkenan secara automatik barisan kabinetnya sekali tergugur.Jikalau PM yang sedia ada tidak mahu meletakan jawatanya ia masih lagi menjadi PM malaysia,Agung pun tidak boleh buat apa apa sehingga PRU13 nanti.

Apa yang berlaku diPerak sekarang ini MB belum meletakan jawatan lagi, undi ta percaya didewan ADUN belum bentangkan, tetapi si najib telah melantik MB baru negeri Perak dengan alasan atas berkenan sultan.

Inikah sifat pemimpin malaysia yang kita kehendaki pemimpin yang gila kuasa yang tidak menghormati perlembagaan undang undang dan kehendak majoriti rakyat negeri Perak.Kirim salam dan selamat tinggal pada BN pada PRU13 nanti.

Sekali sekala anak melayu perlu menderhaka!!!

Peribahasa melayu ada menyebut Raja adil raja di sembah raja zalim raja disanggah,ini menunjukkan di zaman dahulu jika seseorang raja pemerintah itu berlaku adil pada rakyatnya raja itu harus di hormati dan jikalau raja itu zalim dan menganyanya rakyat raja itu boleh disanggah atau pun rakyat perlu menderhaka pada raja tersebut.

Di zaman sekarang ini pula istilah raja berjiwa rakyat,raja berpelembagaan kerap kali disebut oleh media massa,adakah raja berjiwa rakyat raja tersebut makan beras SST15% dengan sambal belacan seperti mana rakyat kelas bawahan yang makan sekarang ini.Raja berpelembagaan pula adakah raja tersebut ikut suka hatinya membuat keputusan saperti raja zaman feudal dulu tanpa mengikut kehendak majoriti rakyat.

Mek tabik spring kepada menteri besar perak Datuk Muhammad Nizar Jamalludin kerana tidak melepaskan jawatan menteri besar seperti dikehendaki oleh Sultan Perak,sekali sekala anak melayu perlu menderhaka kepada raja jikalau raja tersebut bukan berjiwa rakyat dan tak ikut perlembagaan.

Pendekar melayu yang kecut bertarung dan bacul.

Didalam hikayat hang tuah ada mengatakan selagi keris tamingsari ada digengaman jebat,situah takan dapat mengalahkan si jebat.Tetapi akan taat akan perintah sultan melaka dimasa itu situah terpaksa bertarung dengan sijebat dan masa pertarungan itu dengan tipu muslihat situah dapat semula keris tamingsari dan menikam sijebat hingga mati.

Situah terpaksa bertarung digelanggang untuk mengalahkan sijebat,ini menunjukan bahawa kedua pendekar malayu ini adalah pendekar sebenar.Pendekar melayu zaman sekarang ini pula dengan parti berlambangkan KERIS kecut perut bertarung digelanggang kerana ia tahu ia akan kalah dalam pertarunganya nanti.

Lalu pendekar melayu yang bacul ini mengunakan RM..RM..RM dan juga c4 untuk menipu dan menakutkan pihak lawan,oleh demikian mek cadangkan pendekar melayu bacul ini yang akan datang akan menjadi Panglima menukarkan lambang partinya dari KERIS kelambang RM atau pun bom tangan.

Rabu, 4 Februari 2009

Inikah ketua NO1 akan datang

Tengok berita rtm1 pukul 6 tadi,begitu mudah bakal PM pada bulan March nanti mengatakan bahawa kerajaan negeri perak telah diambil alih Bee End dengan menyatakan bahawa anu si anu dah keluar parti dan si anu dah masuk balik dalam parti dan parti bee end adalah parti kerajaan dinegeri Perak.

Inikah dia pemimpin no 1 malaysia akan datang,mek yang bersekolah darjah 6 ini pun sedikit sebanyak undang undang malaysia,jikalau menteri besar dah hilang keperchayaan ahli dewan akan bentang satu usul undi tak percaya pada MB tersebut di dewan undangan negeri .

Jikalau pula parti pembangkang dah mendapat kerusi untuk membentuk kerajaan ia harus memanggil sidang tergempar dewan negeri tersebut dan memaklumkan ia dah dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dan memaklumkan pada Sultan negeri tersebut.

Kejor YOB kejor jangan sampai taktekejor

Politik dinegeri perak sunggoh panas sekali pada hari ini,istilah katak yang suka melompat tak kira masa kecuali masa tidur sahaja katak tak melompat tetapi membuat bising bunyi kuang..kuang...kuang sebelum tidur telah berlaku dinegeri Perak Darul Ridhuan.

Pada pendapat mek pada masa inilah SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA(SPRM) harus bertindak tidak kira bulu kenapa katak katak ini suka melompat,adakah kerana ular anaconda sedang memberi umpan yang lazat lazat sebelum mmengap katak ini semua.

Jangan nanti bila end of the day,SPRM akan kata tiada bahan bukti untuk mendakwa ular ular anaconda ini yang menyebabkan katak katak ini suka melompat ataupun kerana takut ular anaconda ini terlampau besar saiznya dan tak berani diusik.

Tunjukkan bukti SPRM ketulusan supaya rakyat memperchayaikan kamu.