Ahad, 29 Mac 2009

Belanjawan Prihatin... Cakap lain buat lain.

Belanjawan 2009 dahulu, Pak Lah sewaktu membentangkan belanjawan ada menyebut pemberian rm200 keatas pembelian pakaian pasukan beruniform untuk murid murid sekolah menengah.

Semalam sewaktu mek menghadiri mesyuarat PIBG di Kg 8 Melaka, guru besar sekolah tersebut menyebut pihak kementerian cuma memberi peruntukan sebanyak RM2500 sahaja bersamaan untuk 25murid, itu pun untuk pelajar tingkatan 1 .

Lain kali jikalau setakat untuk 25 murid pada setiap sekolah, janganlah dihebahkan semasa membentangkannya belanjawan negara,tak ingatkah masa belanjawan 2008 dahulu kata tak payah bayar yuran tetapi masa sessi persekolahan 2008dibuka ibu bapa terpaksa bayar lagi labih dari tahun sebelumnya.

Jumaat, 27 Mac 2009

Perokok ambil iktibar...nasihat dari Tok Guru

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

27/03/2009 2:26pm

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Petikan dari Utusan Online.

Khamis, 19 Mac 2009

Kapal dagang dari seberang.....

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali dah hilang peluang
Untuk menjadi timbalan perdana menteri

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali jangan jual temberang
Orang umno melaka sanggup digilis kereta api

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali hidup senang lenang
Orang yang susuh makan nasi sehari sekali

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Rakyat melaka yang tak berwang
Pergi kesekolah 5km berjalan kaki

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Mek yang tiada emas dan wang
Terpaksa pinjam pada along dan ceti

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali mempunyai banyak wang
Orang melaka sekarang baharu kenal siapa datuk ali

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Jikalau rayuan tidak berpeluang
Lebih baik letak jawatan ketua menteri

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Jikalau Datuk Ali terlebih wang
Beri pada mek dan ingat sampai mati