Pagi tadi mek dari bachang nak ke pringgit dengan menaiki motor kapcai buruk tetapi disebabkan hujan lebat perjalanan menjadi perlahan disimpang 4 perindustrian batu berendam berhadapan bangunan sirim,apa yang mek ketahui bila hujan lebat satu atau dua jam persimpangan ini memang akan dinaiki air sedalam setengah hingga satu kaki,perkara ini memang dah lama berlaku dari dulu hingga sekarang tetapi masih belum dapat diselesaikan masaallah ini.
Banjir ini bukan sahaja berlaku dijalan jalan di melaka ini tetapi juga dikampung kampung yang mana saliran longkang dan tali air tak di bersihkan,perkara banjir ini nak di salahkan kepada siapa,adakah pada kerajaan atau penduduk yang menduduki kawasan itu atau pun memang dah kejadian alam.
Mek harap jangan nanti ada orang kata tahun 2010 Melaka akan menjadi negeri Maju tetapi masaalah banjir tang tu juga.
Khamis, 7 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan