Selasa, 2009 Ogos 11
KANGANI..atas mandur..bawah kerani..
Bajet prihatin 2009 yang lalu bekas PM kita ada menyebut pendapatan isi rumah yang berpendapatan RM700 kebawah boleh memohon bantuan dan mek pernah mohon tetapi tiada keputusan.
Mek yang menyara hidup sebagai pengawal keselamatan,dengan gaji pokok RM200 sebulan dinegeri melaka yang akan menjadi negeri maju pada 2010,tentu akan merasa malu bahawa masih ada rakyatnya yang terpaksa bekerja 12 jam sehari dan 31 hari dalam sebulan untuk menyara kehidupan diparas kemiskinan.
Tak pernah pun mek tengok pegawai dari jabatan tenaga kerja memantau masaalah profession saperti mek ini,tetapi seketika dahulu bila kerajaan Indonesia cuba membeku kemasukan pembantu rumah keMalaysia lekas menteri buruh malaysia keluar kenyataan akan membaiki taraf kehidupan mereka.
Jangan nanti 1malaysia rakyat negara luar diutamakan rakyat malaysia dibiarkan,mek minta supaya menteri dikementerian buruh dapat membela kehidupan pengawal-pengawal keselamatan ini yang seakan bekerja saperti hamba dinegara sendiri,tanpa cuti dan rehat mingguan.
Ingat kami pengawal adalah rakyat malaysia yang akan mengundi pada PRU13 nanti dan akan memberi undi kepada mereka yang membela kami dan kami bukan berjawatan KANGANI atas kepada mandur bawah kepada kerani.
Isnin, 2009 Ogos 03
Goloh deh eh
Yang setahu mek,yang membuat kerugian bukan himpunan itu tetapi anggota polis yang membuatnya dengan menembak pemedih mata dan air keorang ramai yang berhimpun itu jikalau tidak warung air batu tentu laku kerana hari panas,bak kata orang nogeri goloh deh eehh.
Jumaat, 2009 April 10
Orang melaka tak pandai..ke baba!
Adakah Idris Harun tidak dilantik disebabkan ketua menteri negerinya didapati bersalah disebabkan rasuah atau ia memang tak tunjukkan performancenya(KPI)sewaktu menjadi timbalan menteri pangajian tinggi dahulu.
Pelantikan kabinet baru Datuk Najib telah diumumkan walau bagaimana pun negeri melaka telah kehilangan satu jawatan timbalan menteri.
Ahad, 2009 Mac 29
Belanjawan Prihatin... Cakap lain buat lain.
Semalam sewaktu mek menghadiri mesyuarat PIBG di Kg 8 Melaka, guru besar sekolah tersebut menyebut pihak kementerian cuma memberi peruntukan sebanyak RM2500 sahaja bersamaan untuk 25murid, itu pun untuk pelajar tingkatan 1 .
Lain kali jikalau setakat untuk 25 murid pada setiap sekolah, janganlah dihebahkan semasa membentangkannya belanjawan negara,tak ingatkah masa belanjawan 2008 dahulu kata tak payah bayar yuran tetapi masa sessi persekolahan 2008dibuka ibu bapa terpaksa bayar lagi labih dari tahun sebelumnya.
Jumaat, 2009 Mac 27
Perokok ambil iktibar...nasihat dari Tok Guru
Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama
Petikan dari Utusan Online.
Khamis, 2009 Mac 19
Kapal dagang dari seberang.....
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali dah hilang peluang
Untuk menjadi timbalan perdana menteri
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali jangan jual temberang
Orang umno melaka sanggup digilis kereta api
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali hidup senang lenang
Orang yang susuh makan nasi sehari sekali
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Rakyat melaka yang tak berwang
Pergi kesekolah 5km berjalan kaki
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Mek yang tiada emas dan wang
Terpaksa pinjam pada along dan ceti
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Datuk Ali mempunyai banyak wang
Orang melaka sekarang baharu kenal siapa datuk ali
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Jikalau rayuan tidak berpeluang
Lebih baik letak jawatan ketua menteri
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Jikalau Datuk Ali terlebih wang
Beri pada mek dan ingat sampai mati
Jumaat, 2009 Februari 13
Lapuran.2...Saya PK Zambry melapurkan...
Hari pertama saya bertugas, hari selasa yang lepas saya terpaksa berebut siapa sampai dulu dipondok pengawal,kerana takut mantan pengawal terdahulu datang berebut kerusi dan meja.
Media TV dan akhbar pun tiada melapurkan adanya kelas kelas tadika kemas kena kunci pintu masuk dan tidak payah lagi datuk Kemas terpaksa datang diwaktu pagi untuk mengusap rambut murid kemas dengan wajah yang hiba dan sedih.
Tiada juga dengar gerai gerai majlis daerah dan dewan dewan orang ramai kena kunci atau pun kena potong api dan air.Sewaktu mantan pengawal dahulu bertugas selama 10bulan macam macam maasallah timbul.
Kaum malayu,cina dan india pula aktiviti harian mereka berjalan dengan baik dan lancar,kecuali pada hari selasa dan rabu yang lepas kenderaan tidak berjalan lancar di waktu petang berhadapan kedai kuda ghee hin dan kedai ekor dan toto hai san kerana pembelian saat akhir nombor saham ramalan.
Kaum singh pula mereka sekarang ini banyak muasabahkan diri dengan dengan meminum susu lembu, makan capati,serta memakai serban semasa menunggang atau membonceng motorsikal untuk tujuan keselamatan
Pada hari jumaat ini kita orang perak harus banyak muasabahkan diri dengan tidak kira melayu atau cina saperti yang diucapkan oleh pak bai singh kita,anwar ibrahim,lim kit siang harus bertaubat,tetapi yang muskhilkan Datuk Nik Aziz dia tak suruh bertaubat pulak.