Waktu mek dahulu untuk mendapat baju dan kasut baru cuma 2kali setahun,pertama musim hari raya,kedua musim buka sekolah,itu pun kadangkala bertukar kadangkala tidak.
Seminggu lagi nak raya bapa mek akan bawa kepekan untuk memilih baju dan kasut,selalunya ia akan bawa kekedai cina,mek pilehlah baju,seluar dan kasut yang sesuai,kebanyakannya"made in china"jikalau tak silap mek harganya baju 1-2ringgit,seluar dan kasut 3-1.5ringgit,anak baju singlet gantung cap pagoda masa itu berharga 60-40sen sahaja.
Shopping complex,pasaraya besar belum ujud masa itu,yang keluarga ada kemampuan mereka akan berbelanja dikedai Bata sahaja.Jikalau kita nak imbaskan kembali suasana dahulu diwaktu sekarang ini kita pergi dikampung jawa dan jalan kee ann dibandar malaka ini.
Orang melayu yang berada pula menukar perabut dan hiasan rumah yang sedia pada hari lebaran ini adalah satu kebiasaan dan tidak menjadi hairan jikalau kain langsir rumah mereka ini berharga berpuloh ringgit semeter.bila kita buat berbandingan dengan baju baru raya orang marhein saperti mek 'langsirmu lebih mahal dari baju rayaku'.
Rabu, 24 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
assalamualaikum ... bro.mek
dah siap nak raya dah ker ?? selamat hari raya
Catat Ulasan