Tentang cadangan memberikan air percuma bagi penduduk negeri melaka yang berpendapatan Rm740sebulan oleh YB adun Ayer Keroh adalah satu cadangan yang baik,tetapi bagi melaksanakanya perkara itu ada rumit sedikit kerana nanti nakkan air percuma yang berpendapatan besar pun akan mengatakan pendapatannya bawah RM750.
Mek yang duduk di rumah pangsa selama 8 tahun ini,setiap kali bil Syarikat Air melaka Berhad yang diterima setiap bulan ada tercatit dibawah kolum pengunaan air 'Sewaan Meter'amaun RM1.50
Bila diajukan soalan kenapa yang duduk rumah diatas tanah tiada sewaan meter ,kenapa duduk dirumah pangsa ada sewaan meter jawapan yang diberi oleh pegawai SAMB ialah kos mencuci tangki.
Setahunya mek yang dah menduduki rumah pangsa selama 8 tahun ini tidak pernah sekali pekerja SAMB datang mencuci tangki diflet mek dan bila air tangki terlampau kotor sangat pengguni flet itu sendiri bergotong royong yang mencuci tangki tersebut.
Oleh yang demikian harapan mek kepada SAMB dapat sekiranya menghapuskan charge sewaan meter RM1.50 yang besar nilainya bagi penduduk rumah pangsa yang kebanyakannya berpendapatan RM700 dimelaka ini,kecuali yang duduk dikondo dan apartment mewah.
Selasa, 23 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan