Diwaktu pertengahan dan penghujung 60puluhan dahulu,bulan ramadzan jatuh pada bulan november dan disember waktu cuti sekolah penggal ketiga.Lagi dekat fajar shawal menjelang lagi sibuklah kami membuat persiapan,terutama persiapan mengacau dodol.
Orang melayu dulu dodol adalah kueh rasmi hari raya atau dipanggil kepala kueh,jikalau sesebuah rumah yang tiada dodol bermakna rumah itu tanpa ada seri.membuat dodol di waktu itu sangatlah leceh dari bahan mentah hingga kepembuatan masak.
Masyarakat kampung bermuafakat dan bergotong royong bila ada rumah membuat dodol.Berpuloh biji kelapa diparut mengunakan kukur kelapa,bergantang beraspulut diboh mengunakkan batu boh,kayu getah,andang kelapa,kuali,chengtung dicari untuk memasak dan juga tenaga manusia diperlukan bila mengacaunya.
Masa memasak dodol ini pula dodol yang cair jadi rebutan,kadangkala satu kawah dodol yang siap dimasak tuan rumah cuma mendapat dua atau tiga 'tampin' mengkuang sahaja, masih boleh tersenyum simpul kerana terpaksa beri sedikit pada yang menolong mengacau,jiran tetangga dan saudara mara.
Waktu itu dodol adalah satu kueh melayu yang boleh menyatukan padukan masyarakat kampung tanpa mengira kaya atau miskin dan juga fahaman masing masing.Adakah dodol kini boleh menyatu padukan semula bangsa melayu yang kini kebanyakannya bersifat engkau angkau dan aku aku.Walau bagaimana pun dodol akan tetap digemari dan diwarisi dulu,kini dan selamanya.
Selasa, 23 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan