Pada bulan march ini adalah persidangan agung umno dan juga pemilihan jawatan parti.Datuk najib telah mendapat jawatan presiden parti kepadanya dan adakah selepas dapat pengesahan ia menjadi presiden umno ia menghadap kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agung dan menyatakan ia adalah PM Malaysia yang baru dan terus menyenaraikan menteri kabinetnya.
Mengikut perlembagaan,pm yang sedia ada harus menulis surat perletakan jawatan dan Agung bila berkenan secara automatik barisan kabinetnya sekali tergugur.Jikalau PM yang sedia ada tidak mahu meletakan jawatanya ia masih lagi menjadi PM malaysia,Agung pun tidak boleh buat apa apa sehingga PRU13 nanti.
Apa yang berlaku diPerak sekarang ini MB belum meletakan jawatan lagi, undi ta percaya didewan ADUN belum bentangkan, tetapi si najib telah melantik MB baru negeri Perak dengan alasan atas berkenan sultan.
Inikah sifat pemimpin malaysia yang kita kehendaki pemimpin yang gila kuasa yang tidak menghormati perlembagaan undang undang dan kehendak majoriti rakyat negeri Perak.Kirim salam dan selamat tinggal pada BN pada PRU13 nanti.
Khamis, 5 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan