Rabu, 4 Februari 2009

Inikah ketua NO1 akan datang

Tengok berita rtm1 pukul 6 tadi,begitu mudah bakal PM pada bulan March nanti mengatakan bahawa kerajaan negeri perak telah diambil alih Bee End dengan menyatakan bahawa anu si anu dah keluar parti dan si anu dah masuk balik dalam parti dan parti bee end adalah parti kerajaan dinegeri Perak.

Inikah dia pemimpin no 1 malaysia akan datang,mek yang bersekolah darjah 6 ini pun sedikit sebanyak undang undang malaysia,jikalau menteri besar dah hilang keperchayaan ahli dewan akan bentang satu usul undi tak percaya pada MB tersebut di dewan undangan negeri .

Jikalau pula parti pembangkang dah mendapat kerusi untuk membentuk kerajaan ia harus memanggil sidang tergempar dewan negeri tersebut dan memaklumkan ia dah dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dan memaklumkan pada Sultan negeri tersebut.

Kejor YOB kejor jangan sampai taktekejor

Politik dinegeri perak sunggoh panas sekali pada hari ini,istilah katak yang suka melompat tak kira masa kecuali masa tidur sahaja katak tak melompat tetapi membuat bising bunyi kuang..kuang...kuang sebelum tidur telah berlaku dinegeri Perak Darul Ridhuan.

Pada pendapat mek pada masa inilah SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA(SPRM) harus bertindak tidak kira bulu kenapa katak katak ini suka melompat,adakah kerana ular anaconda sedang memberi umpan yang lazat lazat sebelum mmengap katak ini semua.

Jangan nanti bila end of the day,SPRM akan kata tiada bahan bukti untuk mendakwa ular ular anaconda ini yang menyebabkan katak katak ini suka melompat ataupun kerana takut ular anaconda ini terlampau besar saiznya dan tak berani diusik.

Tunjukkan bukti SPRM ketulusan supaya rakyat memperchayaikan kamu.

Sabtu, 3 Januari 2009

Pemain kaki bangku.. penonton bangku stadium

Masa mek bersekolah dahulu budak lelaki yang tidak pandai bermain bola mereka akan digelar kaki bangku,mek ingat orang melayu dahulu memang kaki bola,jikalau tidak takan ada bidalan kaki bangku ini.

Liga malaysia 2009 bermula pada malam ini dengan piala Sumbangsih antara Kedah dengan Selangor distadium darulaman Kedah,tanpa ada pemain import turut serta, arahan dari badan induk bolasepak malaysia FAM.

Adakah nanti liga M pada tahun ini akan menjadi liga yang muram disebabkan kesemua pemainnya adalah pemain tempatan,yang segelintir pamainya memang kaki bangku,janganlah nanti penonton yang datang kestadium berapa kerat sahaja dan yang ramai menonton nanti ialah bangku kosong distadium.

Jumaat, 2 Januari 2009

Sekolah menengah anak ku dimelaka.

Pada tiap kali bajet,peruntukan kepada kementerian pelajaran adalah 20% bagi keselurohan bajet negara.Mek yang muskhilkan pada setiap tahun murid masuk kealam persekolahan bertambah tetapi sekolah tak bertambah.

Dimelaka ini contohnya kawasan batu berendam kepadatan penduduknya ramai tetapi sekolah menengahnya cuma 2 buah sekolah sahaja.Murid bachang,malim,batu berendam,melaka baru,sungai putat,bukit bruang,taman merdeka,gangsa kebanyakannya bila kesekolah menengah tingkatan satu akan mendaftar di 2 sekolah menengah ini.

Yang menjadi mangsanya adalah murid tingkatan satu akan bersekolah sesi waktu petang yang sebelum ini mereka berselokah selama 6 tahun di waktu pagi,dan kepadatan murid di satu kelas akan melebihi 40 orang.

Jumaat, 19 Disember 2008

Calun BN Parlimen Kuala Trengganu

Besuk Datuk Najib akan ke Trengganu untuk mengumumkan calun BN bagi pilehanraya kecil kawasan parlimen Kuala Trengganu.Desas desus yang mek dengar dari sana, calun BN kali ini ialah anak jati negeri Trengganu,seorang selebriti,motivator dan penceramah agama.

Ia seorang pensyarah universiti,adakah beliau dapat mengetepikan calun calun pilehan saperti Datuk Wan Ahmad Farid dan Mohd Zubir Embong.

Calun BN yang dimaksudkan ialah Wan Sohor Bani Leman.

Khamis, 11 Disember 2008

Tok Guru Jom gi Melaka

Esok 12 december ketua menteri melaka akan melancarkan promosi melawat kenegeri melaka untuk orang Kelantan JOM PERGI KEMELAKA di Kota Bahru,sebelum ini di negeri Perak dan yang akan datang Labuan pula.

Teringat mek pada tahun 1990 dahulu selepas PAS dapat kalahkan BN dan memerintah negeri Kelantan, ketua menteri Melaka inilah yang mengeluarkan arahan kepada pegawai dan kaki tangan negeri melaka untuk tidak mengadakan lawatan kenegeri Kelantan dan tindakan disiplin akan diambil bagi mereka yang engkar.

Rabu, 10 Disember 2008

Bakal Timbalan Presiden yang baik hati

Tragedy tanah runtuh diBukit Antarabangsa adalah tempat untuk menjadi 3orang bakal timbalan presiden umno,siapa yang lebih pemurah dan baik hati.

Calun undi terbanyak Tan Sri Mahyuddin menderma RM30,000 calun kedua pula Datuk Ali Rustam menderma RM40,000 dan calun ketiga Tan Sri Muhammad Taib pula menderma RM50,000.

Yang belum dengar lagi bakal PM Malaysia Datuk Najib dan calun calun naib presiden berapa banyak wang yang akan didermakan pada tragedi diBukit Antarabangsa yang memang terkenal tempat tinggal gulungan elit dan tempat maksiat terselindung.