Jumaat, 2 Januari 2009

Sekolah menengah anak ku dimelaka.

Pada tiap kali bajet,peruntukan kepada kementerian pelajaran adalah 20% bagi keselurohan bajet negara.Mek yang muskhilkan pada setiap tahun murid masuk kealam persekolahan bertambah tetapi sekolah tak bertambah.

Dimelaka ini contohnya kawasan batu berendam kepadatan penduduknya ramai tetapi sekolah menengahnya cuma 2 buah sekolah sahaja.Murid bachang,malim,batu berendam,melaka baru,sungai putat,bukit bruang,taman merdeka,gangsa kebanyakannya bila kesekolah menengah tingkatan satu akan mendaftar di 2 sekolah menengah ini.

Yang menjadi mangsanya adalah murid tingkatan satu akan bersekolah sesi waktu petang yang sebelum ini mereka berselokah selama 6 tahun di waktu pagi,dan kepadatan murid di satu kelas akan melebihi 40 orang.

Tiada ulasan: