Selasa, 20 Mei 2008

Dari pandangan mata

Mek bukan ada akedemik bersekolah pun setakat darjah6 sekolah melayu itu sebab ayat ayat mek lintang pukang,tetapi walaupun begitu mek dapat merasa kelima lima perdana menteri malaysia ini dan biarlah kali ini mek mengklasifikasikan perdana menteri malaysia yang popular dari pandangan mata mek.
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke5
Datuk seri ABDULLAH AHMAD BADAWI
keluarga termasuk beliau sekali orang yang 32 terkaya dimalaysia selepas menjadi PM,
hari ini cakap lain besok cakap lain
pm malaysia yang tidak mendapat 2/3 kerusi diparlimen
Perdana Menteri Malaysia di kedudukan tempat ke4
Tun HUSSIN ONN
banyak berfalsafah,tak suka expose diri
bersentimental dan sensitive
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke3
Tun ABDUL RAZAK BIN HUSSIN
kuat bekerja perwatakan serius
buat kerja secara diam tepi ada hasil
Perdana Menteri Malaysia dikedudukan tempat ke2
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ
anak raja perwatakan simple
happy go lucky
cakap ta berbelit berbelit straight to the point
Tun MAHATHIR MOHAMMAD
percakapan yang memukaukan
orang lain ta boleh kelentungnya dia kelentung orang ada
bagi mek segala gala ada pada dirinya susah nak dapat pemimpin sapertinya dalam dekad ini.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam~

Ok Mekchabang, aku bertandang ke blog mu & terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku. Macam mane Mek rasa setelah lebih 20 tahun duduk di Melaka?.

Apapun, PM yang menduduki no. 1 pada saya ialah Tun Razak. Itupun kerana masa dia org melayu Islam semuanya boleh berada dalam satu saf disamping dasar-dasarnya banyak menguntungkan orang melayu seperti buku hijau, buku merah, Felda, Felcra, Risda dan banyak lagi. PM sekarang sudahlah tak buat macam tu lagi, malahan sampai boleh jual tanah felda balik kat taukeh Melayu ataupun lain-lain bangsa.

man_helang berkata...

erm...aku tak tau lah kredibility lain2 menteri, sebab aku tak sempat nak rasa corak pemerintahan mereka, cuma tang Tun aku leh lah kata barang sepatah dua...

dia memang hebat, segalanya hebat, tang tipu pun hebat, sampaikan org yg ditipu pun leh rasa seperti tak ditipu...itulah kehebatan org berilmu...

tang paklah...toksah lah sy perkatakan, cukuplah apa yg mek leh lihat sendri dr respon rakyat jelata sekarang...

teruskan berblog...moga kita dapat sampaikan kebaikan walaupon dgn sepatah perkataan

Desperado berkata...

Mek...macam national georgraphy pulak...letak ranking! kuikui...nice articles though...!

www.pilihananda08.blogspot.com

Money4Free berkata...

dalm ramai2 PM ni, aku paling kecewa dgn tunku sebab melepaskan singapura kepada org lain.apa juga alasannya, tiap inci tanah air kita perlu dipertahankan dgn darah dan air mata.tapi dia dgn senangnya bagi kat org lain.walau pun aku tk hidup dizaman beliau, tp aku dapat merasakan kekecewaan rakyat malaysia masa tu.

Small Talk berkata...

Salam,
Ranking Mek tentang PM tu saya setuju sangat.
Apa kata kalau Mek buat ranking Timbalan PM pulak. TPM lebih ramai dari PM. Nanti saya akan komen juga.

jasindaily online berkata...

mek...awat lama xupdate ????