Isnin, 14 Jun 2010

Dah nasib kaulah pengawal !!!

Mek dah lama tak updatekan blog kerana mek bertugas sebagai pengawal keselamatan satu tahun satu bulan dan sekarang dah berhenti kerja.

Mek berhenti kerja sebagai pengawal kerana pendapatan sebulan cuma rm650 sahaja,dan terpaksa bekerja tiap tiap hari selama 13 jam (termasuk datang/pulang kerja)setiap hari 30 atau 31 hari sebulan baru dapat rm650 sebulan

Gaji pokok pengawal sebulan cuma rm200 dan yang lebihnya o/t setiap hari 4jam dan elaun pengangkutan,minyak dan dobi dan waktu rehat yang tidak rehat,tiada waktu makan dan minum yang sempurna dan setiap masa mesti berada dipos pengawal sahaja.Waktu untuk bersama keluarga memang tiada.

Mek pernah berkata jikalau betul kerajaan nak naikkan gaji pengawal rm1100, ramai nanti tukang kebun,cleaner despatch boy dan lain lain berpandapatan rendah berhenti kerja dan jadi pengawal keselamatan

Gaji baru pangawal keselamatan ditangguh

PUTRAJAYA 13 Jun – Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini, bagi memberi lebih masa kepada pihak industri untuk mengemas kini operasi mereka.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan.

Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.

PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah itu untuk membolehkan mereka mengambil tindakan mengemas kini operasi mereka sewajarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, setelah mempertimbangkan rayuan PPKKM, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan.

Pada 22 April lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus kepada pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini

petikan utusan malaysia 14 june2010

Selasa, 1 Jun 2010

Melaka Books of Records

Sebelum sukan SUKMA berlangsung di Melaka,ini adalah catitan record yang tiada negeri lain cuma record ini berada dimelaka sahaja.

Jalan Tranquerah jaraknya cuma 1.6km,tetapi di jalan ini mempunyai paling banyak kedai membaiki motosikal lebih kurang 9 kedai kerana jalanraya dikawasan ini banyak berlubang.

Didearah melaka tengah keluasan nya cuma 300km persegi dan penduduknya seramai 400000 dan penduduk islam seramai 55%,premis no ramalan (kedai ekor) ada kira kira38 buah kesemuanya.

Sebab itu agaknya negeri melaka adalah negeri ketiga pembayar cukai terbaik dimalaysia ini!

Isnin, 31 Mei 2010

Reban ayam den terlopeh

Sukma 13 akan bermula pada 10 june 2010,tetapi distadium hang jebat, 3km radius terletak beberapa reban ayam yang mana tuan empunyai reban masih lagi menternak ayam.

Kenapa majlis hang tuah jaya tidak merobohkan sahaja reban ayam berkenaan.Jangan nanti semasa hari pembukaan sukma angin bertiup dan membawa sekali bau najis ayam distadium baru haru biru jadinya.

Selasa, 11 Ogos 2009

KANGANI..atas mandur..bawah kerani..

1Malaysia,Rakyat Di Utamakan,ini yang selalu diucapkan oleh PM tetapi tahu kah beliau bahawa rakyat marhein saperti mek menjadi segala bebanan kenaikan harga makanan dan pengangkutan yang terpaksa ditanggung sendiri.

Bajet prihatin 2009 yang lalu bekas PM kita ada menyebut pendapatan isi rumah yang berpendapatan RM700 kebawah boleh memohon bantuan dan mek pernah mohon tetapi tiada keputusan.

Mek yang menyara hidup sebagai pengawal keselamatan,dengan gaji pokok RM200 sebulan dinegeri melaka yang akan menjadi negeri maju pada 2010,tentu akan merasa malu bahawa masih ada rakyatnya yang terpaksa bekerja 12 jam sehari dan 31 hari dalam sebulan untuk menyara kehidupan diparas kemiskinan.

Tak pernah pun mek tengok pegawai dari jabatan tenaga kerja memantau masaalah profession saperti mek ini,tetapi seketika dahulu bila kerajaan Indonesia cuba membeku kemasukan pembantu rumah keMalaysia lekas menteri buruh malaysia keluar kenyataan akan membaiki taraf kehidupan mereka.

Jangan nanti 1malaysia rakyat negara luar diutamakan rakyat malaysia dibiarkan,mek minta supaya menteri dikementerian buruh dapat membela kehidupan pengawal-pengawal keselamatan ini yang seakan bekerja saperti hamba dinegara sendiri,tanpa cuti dan rehat mingguan.

Ingat kami pengawal adalah rakyat malaysia yang akan mengundi pada PRU13 nanti dan akan memberi undi kepada mereka yang membela kami dan kami bukan berjawatan KANGANI atas kepada mandur bawah kepada kerani.

Isnin, 3 Ogos 2009

Goloh deh eh

Menteri wilayah berkata himpunan anti ISA diibukota Kuala Lumpur pada hari sabtu yang lalu mengalami kerugian 100 hingga 200 juta RM.

Yang setahu mek,yang membuat kerugian bukan himpunan itu tetapi anggota polis yang membuatnya dengan menembak pemedih mata dan air keorang ramai yang berhimpun itu jikalau tidak warung air batu tentu laku kerana hari panas,bak kata orang nogeri goloh deh eehh.

Jumaat, 10 April 2009

Orang melaka tak pandai..ke baba!

Kabinet baru Najib telah mengugurkan Datuk Idris Harun dari menganggotai kabinet barunya dan negeri melaka cuma tinggal Datuk Abu Seman Yusuf yang dilantik menjadi timbalan menteri dalam negeri.

Adakah Idris Harun tidak dilantik disebabkan ketua menteri negerinya didapati bersalah disebabkan rasuah atau ia memang tak tunjukkan performancenya(KPI)sewaktu menjadi timbalan menteri pangajian tinggi dahulu.

Pelantikan kabinet baru Datuk Najib telah diumumkan walau bagaimana pun negeri melaka telah kehilangan satu jawatan timbalan menteri.

Ahad, 29 Mac 2009

Belanjawan Prihatin... Cakap lain buat lain.

Belanjawan 2009 dahulu, Pak Lah sewaktu membentangkan belanjawan ada menyebut pemberian rm200 keatas pembelian pakaian pasukan beruniform untuk murid murid sekolah menengah.

Semalam sewaktu mek menghadiri mesyuarat PIBG di Kg 8 Melaka, guru besar sekolah tersebut menyebut pihak kementerian cuma memberi peruntukan sebanyak RM2500 sahaja bersamaan untuk 25murid, itu pun untuk pelajar tingkatan 1 .

Lain kali jikalau setakat untuk 25 murid pada setiap sekolah, janganlah dihebahkan semasa membentangkannya belanjawan negara,tak ingatkah masa belanjawan 2008 dahulu kata tak payah bayar yuran tetapi masa sessi persekolahan 2008dibuka ibu bapa terpaksa bayar lagi labih dari tahun sebelumnya.