Hari lebaran dah 2hari berlalu,kanak kanak yang paling gembira kerana tiap tiap rumah yang mereka kunjungi akan mendapat hadiah duit raya.Pada tuan punya rumah yang berada mereka akan beri rm1 hingga rm3 dan yang yang tidak berada saperti mek ini ala kadar sahaja pemberian duit raya.
Pada setiap tahun pada pagi raya pertama mek akan meletakan 1bekas plastik yang berisi seposen, duakupang(duaposen) dan saama(50sen).Selepas kanak kanak ini bermaafan dengan mek mereka akan mengambil duit raya di mangkuk yang berisi duit ini,ikut suka hati mereka berapa mereka ambil.
Bila duit raya itu habis mek akan tambah lagi hingga bajet untuk beri pada kanak itu habis, tradisi ini cuma di pagi raya sahaja.Andaian yang mek dapat ialah walaupun nilainya seposen kanak masih dapat menghargainya,adakah kita yang dewasa dan tua ini tahu menilainya?
Khamis, 2 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
assalamualaikum ..
lama tak update bang ?? beraya lagi ker ??
Catat Ulasan