Isnin, 19 Mei 2008

Terkenang dimasa lalu

Hari ini anak takesekolah kerana cuti hari wesak,mek pun ingat nak ronda ronda dengan motor kapcai bermula dari pringgit-musai-semabuk-kandang-teluk mas-umbai-bukit durian-tambak paya keluar diair molek dari situ ke duyung dan ikut jalan benteng keluar kebukit bahru-kepengkalan batu lalu memencung kejalan benteng sungai putat-batu berendam-bachang-balai panjang malim-kg padang-ikut jalan taman pokok mangga lalu benteng keluar pulau gadong dari sana ke cheng dan akhir sekali ditampoi kerubong.
Apa yang mek nak jelas di sini ialah 30 tahun yang lalu kawasan yang mek lalui ini adalah kawasan kawasan sawah padi yang menghijau dmasa padi baru tanam dan warna hijau kekuningan sewaktu padi masak.Dimasa dulu pesawah padi tanam padi setahun sekali kerana tiada kemudahan pertanian,pesawah akan mengunakan tenaga kerbau untuk membajak dan petak semaian untuk menyembar benih hingga ke padi masak memakan masa 6 bulan.
Selalunya pesawah akan menanam padi dari bulan ogos hingga april kerana tujuannya ialah sewaktu padi masak adalah waktu angin betara,angin yang bertiub kencang untuk mempermudahkan para pesawah menjemur dan menampi padi sebelum dibawa kekilang padi sewaktu itu kilang padi terletak dibachang,malim,kandang dan air molek.Diteluk mas pula masa musim padi masak, pesawah pergi kepantai membeli ikan selangat untuk dbakar makan dengan nasi panas bersama keluarga dibawah pokok dtepi sawah,waaduh waaduh bertapa indahnya suasana dwaktu itu patung orangorang melambai lambai ditiup angin untuk menghalau burung dari memakan padi.
Tetapi sewaktu melalui jalan dan kawasan disebutkan tadi semuanya dah berlalu tiada lagi kehijauan sawah padi yang menguning,yang ada cuma bangunan bangunan konkrit,rumah taman rumah persendirian dan juga semak samun dan belukar.Kawasan sawah padi dmasa lalu dah tiada lagi,tapak kilang padi taujud lagi,perkakas pesawah saperti bajak,tong membanting,tong kui untuk menyimpan padi cuma tersimpan dmuseum melaka sahaja,tiada lagi kita melihat sekawan kerbau meragut rumput dsawah, tiada burung bangau dan puchung hingap dibelakang kerbau anak anak lintah berjurai hisap darah dperut kerbau.
Mekberharap dapat sekiranya kerajaan negeri melaka YAB Datuk Muhammad Ali Rustam keluarkan peruntukan kewangan untuk memulihkan sawah sawah yang terbiar yang mek cakapkan tadi kembalikan semula suasana kekuningan dan kehijauan dimasa akan datang.Janganlah membasir duit membuat keretapi gantung dari bandar hilir ke hang tuah jaya,bila siap nanti tiada penumpang yang naik kerana tambangnya yang mahal,bas berhenti-henti yang ada sekarang dbandar melaka ini pun hidup segan mati takmahu.Jangan nanti sejarah silam pendekar hang jebat mengamuk kembali dizaman IT ini yang semua bermula dengan e- itu e- ini kali ini srikandi Mek Chabang Empat pula mengamuk kerana beras harganya yang mahal dan beras sst15% susah nak dapat.

Akhir sekali serangkap pantun dari mek

DARI BACHANG KE MACAP UMBU
BAS BATANG TAK KUNJUNG TIBA
BILA TERKENANG DI MASA LALU
AIR MATA MEK JATUH KE RIBA

1 ulasan:

RinG berkata...

rilek mek, rilek, ini pembangunan mek, kita x boleh tolak pembangunan. tapi kita boleh mengawal pembangunan..