Jumaat, 19 Disember 2008

Calun BN Parlimen Kuala Trengganu

Besuk Datuk Najib akan ke Trengganu untuk mengumumkan calun BN bagi pilehanraya kecil kawasan parlimen Kuala Trengganu.Desas desus yang mek dengar dari sana, calun BN kali ini ialah anak jati negeri Trengganu,seorang selebriti,motivator dan penceramah agama.

Ia seorang pensyarah universiti,adakah beliau dapat mengetepikan calun calun pilehan saperti Datuk Wan Ahmad Farid dan Mohd Zubir Embong.

Calun BN yang dimaksudkan ialah Wan Sohor Bani Leman.

Khamis, 11 Disember 2008

Tok Guru Jom gi Melaka

Esok 12 december ketua menteri melaka akan melancarkan promosi melawat kenegeri melaka untuk orang Kelantan JOM PERGI KEMELAKA di Kota Bahru,sebelum ini di negeri Perak dan yang akan datang Labuan pula.

Teringat mek pada tahun 1990 dahulu selepas PAS dapat kalahkan BN dan memerintah negeri Kelantan, ketua menteri Melaka inilah yang mengeluarkan arahan kepada pegawai dan kaki tangan negeri melaka untuk tidak mengadakan lawatan kenegeri Kelantan dan tindakan disiplin akan diambil bagi mereka yang engkar.

Rabu, 10 Disember 2008

Bakal Timbalan Presiden yang baik hati

Tragedy tanah runtuh diBukit Antarabangsa adalah tempat untuk menjadi 3orang bakal timbalan presiden umno,siapa yang lebih pemurah dan baik hati.

Calun undi terbanyak Tan Sri Mahyuddin menderma RM30,000 calun kedua pula Datuk Ali Rustam menderma RM40,000 dan calun ketiga Tan Sri Muhammad Taib pula menderma RM50,000.

Yang belum dengar lagi bakal PM Malaysia Datuk Najib dan calun calun naib presiden berapa banyak wang yang akan didermakan pada tragedi diBukit Antarabangsa yang memang terkenal tempat tinggal gulungan elit dan tempat maksiat terselindung.